Ayam Panggang

Beberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.

Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur.  Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.

Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.

Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.

Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.
Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.

 

ayam panggang
Ayam panggang siap!

 

Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!!  Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂

Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :

1. Preheat on high for 10 minutes

2. Grill on high heat

3. Finish on medium-low

Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.

Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Set Kesihatan Kanak-kanak

Anak-anak dah mula ke sekolah minggu ni.

Masa ni lah kebanyakan ibu bapa mula mencari supplement untuk anak-anak agar mereka kekal bertenaga sepanjang musim persekolahan.

belanjan vitamin untuk kanak-kanak
Kata orang, “you are what you eat”. Hentikan pemberian jajan dan makanan yang jelas tak bernutrisi. Minda kanak-kanak masih belum habis terbentuk. Mereka perlukan makanan minda untuk menolong mereka agar berjaya

Sebagai ibu, apa yang kita boleh berikan kepada anak-anak kita?

Shaklee telah membuat kajian mendalam dan senarai supplement di bawah adalah sesuai untuk kanak-kanak. Antaranya adalah :

1. Meal Shakes – minuman yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk bekalan tenaga anak-anak. KLIK SINI untuk lebih info tentang Meal Shakes.

2. Vita-lea for Children – multi vitamin berperisa anggur membekalkan nutrisi yang tak dapat diperolehi daripada pemakanan. KLIK SINI untuk lebih info tentang vita-lea for children.

3. Chewable Vitamin C – untuk sistem imun anak. Jika anak kerap demam atau selesema ada kemungkinan dia kekurangan vitamin C. KLIK SINI untuk lebih info tentang Chewable Vitamin C.

4. OmegaGuard – minyak ikan tulen untuk membantu anak lebih fokus dalam pembelajaran. KLIK SINI untuk lebih info tentang Omega 3 dan minda kanak-kanak.

Berikan yang terbaik buat anak anda.

Saya sudah.

kids

————————————————–

 
Hendak mendapatkan Set Kesihatan Kanak-kanak Shaklee? Anda boleh membuat pesanan di sini
esell-shaklee-logo

ATAU boleh juga mengubungi Sofia seperti biasa untuk konsultansi dan order.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

TIPS GENIUS

TIPS GENIUS

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang…

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu…

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya….

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik…

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri…

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan “melajukan” otak kita….

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya… walaupun mulanya saya tak berapa faham…

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar…

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential….

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini…

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran…

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya…

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan…

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah…

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran…

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad….

Jom baca Al-Quran.

Credit : Whatsapp Group

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Masker Alfalfa Kecutkan Jerawat

Salam Maulidur Rasul semua!

 

10613123_10152694197705958_7483595840264625317_n

Hari ni hari cuti. You all semua buat apa? Sofia tak de nak buat apa-apa hari ni jadi ada lebih masa untuk membuat masker. Alkisahnya sebab pagi tadi masa basuh muka ternampak kat dalam cermin tu ada dua tiga jerawat nak naik. Isyh tak boleh jadi nih. Nasib baik hari ni hari cuti. Ada la masa sikit nak buat masker.

Eh, you all tak tahu ke? Alfalfa ni boleh dibuat untuk detox, kecutkan jerawat. Kita zazzz semua jerawat yang ada kat muka tu 🙂

Jom, Sofia kongsikan cara-cara membuat MASKER ALFALFA –

Langkah pertama

Mula-mula rendamkan beberapa biji alfalfa dengan air suam.

masker alfalfa kecutkan jerawat
Rendamkan beberapa biji alfalfa di dalam air suam. Hehe sewaktu Sofia nak ambil gambar, Bella beri kepada Sofia Mickey Mouse tu suruh teman mama.

Langkah ke-dua

Hancurkan alfalfa yang sudah direndam.

Bila dah beberapa minit terendam dalam air, senang kita untuk hancurkannya.
Bila dah beberapa minit terendam dalam air, senang kita untuk hancurkannya.

 

Langkah ke-tiga

Bila dah hancur, kita tepek kat muka. Tunggu kering, kemudian kita bilas sehingga bersih.

3
Adeh. Mama dah siap pakai masker alfalfa. Bella tengok mama sambil jerit, “Hantu! Hantu!” Dah lama sikit Bella datang kat mama bawa sekotak tisu. Diberi sehelai tisu kepada mama. “Apu (sapu),” kata Bella. Mama : Sapu apa? Bella : Tu (sambil tunjuk ke muka mama) 😀

Langkah ke-empat

Tengok kat cermin ada lagi ke tidak jerawat tu? In my case, ada lagi sedikit jer dan nampak macam dah kecut sikit.

 

You all cubalah.

————————————————–

Hendak mendapatkan Alfalfa Shaklee? Anda boleh membuat pesanan di sini

esell-shaklee-logo

ATAU boleh juga mengubungi Sofia seperti biasa untuk konsultansi dan order.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Vita-Lea for Children Kini Kembali

Seronok tidak terkata bila dapat tahu semalam yang Vita-lea for Children ni dah kembali di pasaran Malaysia. Seingat Sofia, selama 2 tahun tak ada dan dalam masa 2 tahun tu juga ramai ibu-ibu yang bertanya Sofia tentang multi-vitamin untuk kanak-kanak ini. Tapi nak buat macam mana? Just kata out of stock ajelah but sekarang tidak lagi. 🙂

 

 

Vita-Lea for Children

 

10897939_10152949793177698_1014978704288687378_n

Vita-Lea for Children mengandungi  18 vitamin dan mineral penting dan menyediakan 100% Nilai Harian Vitamin C, D, E dan kesemua 8 jenis vitamin B.

Ia juga mengandungi kalsium, magnesium, zinc, copper dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat.

Manisan semulajadi Xylitol tidak menggalakkan kaviti.

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet.

 

 

beza vitalea for children baru dan lama
Berikut adalah perbezaan Vita-lea for Children yang lama dan yang menggunakan formula baru. Banyak khasiat yang telah ditambah untuk menjadikannya lebih baik.

 

 

nutrisi makanan
Bayangkan anak-anak anda perlu memakan kesemua makanan di atas untuk mendapatkan segala nutrisi yang ada dalam dua biji tablet Vita-lea for Children

 

Siapa yang perlukan Vita-Lea for Children?

Anak yang selalu demam, anak yang selalu ada masalah makan makanan khasiat.

Ia melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.

 

vita-lea for children
Betul sangat kata-kata di atas. Jadi mak mak ni kita lupa tentang kepentingan kita sendiri. Semua yang kita buat adalah kerana anak kita

 

Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. 😀

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Baca : Testimoni Vita-lea untuk anak-anak

Berminat untuk mendapatkan sebotol untuk anak anda? Anda boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665.  Anda boleh juga beli sendiri di website Shaklee di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873

 

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di :
Continue Reading

Related Posts