Stok Baru Vita-Lea di Shaklee

Stok Baru Vita-lea Bermula Hari Ini!

 

stok baru vita-lea

 

Best Announcement of the Day!

Haha bagi Sofia la.

Dah ramai yang cari Vita-lea ni tapi tak jadi nak beli sebab tarikh luputnya yang hampir dekat.

Tadi Shaklee baru umumkan hari ni dah dijual Vita-lea dengan tarikh luput yang baru iaitu Jun 2017! Lambat lagi nak luput. Yayy!!!

Tapi apa dia vita-lea ni?
Vita-lea ialah salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan Vita-Lea setiap hari :
Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
Menguatkan tulang dan sistem imun
Melindungi tubuh daripada radikal bebas

 

Buat ibu mengandung, Vita-lea membantu menaikkan semula sel darah merah untuk masalah yang selalu dipanggil ‘low hb’ (kekurangan darah merah).

 

low hb

 

Dan, vita-lea ini adalah multi vitamin yang pertama di cipta di dunia. Yang pertama tau! Sebelum vita-lea, tak wujud multi vitamin lagi.

 

vitalized minerals

Ni dia Vita-lea, 100 tahun yang lalu. Pada masa itu, ianya dikenali sebagai Vitalized Minerals

 

Hubungi Sofia untuk mendapatkan Vita-Lea anda sebotol hari ini.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Share Button

Bentan

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

 

Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

 

bentan

 

Tanda dan sebab bentan:

*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

 

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

 

Jenis bentan:

  1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

 

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

 

  1. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

 

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

 

  1. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

  1. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  1. Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

 

Sumber

 

Anda sedang mencari set berpantang? Klik sini untuk Set Bersalin Shaklee.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Share Button

Cadangan Set Untuk Kesihatan Wanita

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Please wait...

Subscribe to our newsletter

Want to be notified when our article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.