Aktiviti cuti sekolah Bella kali ini ialah balik kampung.
Haha macam lawak bunyinya tapi itulah dia. Bella tinggal bersama atok dan neneknya di kampung yang jauhnya hanya 10 minit dari rumah Sofia. Hehe bunyi macam berjam jauhnya kan? 🙂 🙂 🙂
Mama yang terlebih emosi. Walaupun duduk jarak 10 minit aje, bukannya Sofia ke sana tengok Bella buat apa. Memang Sofia biarkan aje Bella kat sana. Biarlah dia ‘bonding’ dengan atok dan neneknya tu. Selalu juga ayah dan adik Sofia whatsapp gambar-gambar Bella. Jadi Sofia tahulah juga apa aktiviti mereka pada hari itu.
Namun….RINDUNYA!!!! Rindu yang amat pada anak seorang ni.
Entah bila dia nak balik. Bila tanya Bella, dia nak tinggal lagi dengan atok dan nenek.
Mama sedih. Mama merajuk. Balik nanti Bella kena pujuk mama.
Takpelah. Sementara Bella di sana biarlah mama fokus dengan bisnes mama ni.
Ada yang memerlukan produk Shaklee? Boleh hubungi Sofia ye. 🙂
Petang tadi dapat tunaikan hajat Bella untuk menonton filem Upin dan Ipin di pawagam. Sudah berbulan lamanya Bella menunggu.
Kami telah membeli tiket secara on-line untuk mengelakkan beratur panjang di kaunter tiket.
Seronok Sofia lihat muka Bella yang sangat teruja lebih-lebih lagi bila Upin dan Ipin keluar untuk berjumpa peminat di ruang menunggu.
SINOPSIS Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.
Bahasa: Melayu Klasifikasi: U Tarikh Tayangan: 24 November 2016 Genre: Pengembaraan / Animasi Durasi: 1 Jam 38 Minit Pengedar: Primeworks Studios Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff Format: 2D
Bagi Sofia cerita ini sangat Best. Tak kering gusi. Bella boleh duduk diam kat kerusi dan ada masanya bangun menari hehehe.
Jangan lupa menghubungi Sofia untuk mendapatkan produk Shaklee anda hari ini. 🙂