Bentan

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

 

Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

 

bentan

 

Tanda dan sebab bentan:

*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

 

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

 

Jenis bentan:

  1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

 

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

 

  1. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

 

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

 

  1. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

  1. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  1. Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

 

Sumber

 

Anda sedang mencari set berpantang? Klik sini untuk Set Bersalin Shaklee.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Kalori Makanan

Kalori Makanan

 

Apakah kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

 

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

 

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

 

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?

Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

 

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

 

Pengiraan kalori ini sangat penting terutama jika kita hendak kurus. Tak boleh jika kita mengambil supplemen untuk kurus tapi makan nilai kalori yang masih tinggi. No, no, no. Pengambilan kalori mesti seiring dengan niat kita untuk kurus. Kalau tidak, mesti diet kita takkan berhasil.

 

Jom kita lihat sebentar nilai kalori makanan untuk sarapan pagi kita.

 

kalori makanan

 

Sarapan pagi pun nilai kalorinya dah tinggi. Apa-apa pun jika betul nak kuruskan badan kita mesti berhati-hati dengan pemilihan makanan kita.

 

Nak cuba supplement untuk kurus daripada Shaklee? Klik sini untuk Set Kurus.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

5 Makanan Yang Kurangkan Rasa Mual Semasa Mengandung

5 Makanan Yang Kurangkan Rasa Mual Semasa Mengandung

 

wanita-hamil-loya

 

Loya!!! Itu yang sering dirasakan oleh ibu mengandung. Ada yang sampai kena di masukkan ke hospital kerana tahap mualnya tinggi sehingga menjadi dehydrated. Macam mana boleh jadi dehydrated? Sebab rasa loya/mual tersebut membuatkan si ibu tidak lalu makan dan minum. Jadi lah ia tanpa nutrisi dan dehydrated. 

Tapi si ibu tetap perlu makan. Kesian kat bayi dalam kandungan. Mana nak dapat nutrisi kalau ibu tak makan? Oleh itu, ibu perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat kepada bayi. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.

1. Brokoli

broccoli

Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.

 

2. Yogurt

yogurt

Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.

 

3. Buah Beri

beri

Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.

4.Daging

115220_daging_1

Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.

5. Kekacang

89e36-kekacang

Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat.

Kredit: http://pama.karangkraf.com

 

Selain daripada makanan yang tersenarai di atas, anda juga boleh menggunakan Peppermint-Ginger Plus.

peppermint-ginger-plus

Peppermint-Ginger Plus merupakan ramuan daripada 4 herba popular :

1. Pudina

pudina

– Membantu melegakan otot perut
– Mempunyai kesan penenang
– Membantu dalam penghadaman
– Membantu masalah mabuk laut / darat
– Membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit
– Melegakan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah, hilang selera makan
– Merangsang pengeluaran peluh justeru menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selesema
– Memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus

 

2. Halia

halia

Masyarakat Cina menggunakan halia lebih daripada 2000 tahun lalu. 

– Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan
– Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid
– Melegakan loya dan mual angin ketika mengandung, dan selepas melahirkan (berpantang)
– Menghalang muntah selepas pembedahan (seperti czer)

Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

3. Pokok Adas (Fennal)

Pokok Adas

Kebiasaan digunakan oleh orang-orang Eropah. 

– Menghilangkan kembung perut
– Melegakan sakit perut
– Melegakan gejala flu
– Membantu masalah alergi pada saluran usus

4. Cekur Manis (Anise)

cekur manis

Kebiasaan digunakan oleh orang-orang Mesir purba.

– Melegakan masalah pencernaan dan gejalan kesakitan haid, batuk dan kahak
– Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
– Menahan kulat yang boleh menyebabkan penyakit kulit
– Melegakan haba di musim panas dan lembap
– Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

 

Sebotol Peppermint-Ginger Plus (90 tablet) berharga RM45.00.

Kalau nak murah lagi jom jadi ahli.

 

Anda mencari set mengandung untuk menambah nutrisi semasa hamil? Klik sini untuk Set Hamil Shaklee.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Tanda-tanda Hendak Bersalin

 

tanda-tanda hendak bersalin

Apabila kandungan sudah memasuki 37 minggu, anda harus mengawasi tanda-tanda hendak bersalin.

 

Antara tanda-tanda hendak bersalin ialah:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah. Walau bagaimanapun, proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

 

Jika salah satu di atas berlaku, janganlah panik. Dapatkan bantuan dan pergilah ke hospital berhampiran anda.

Anda sedang mencari set berpantang untuk selepas bersalin nanti? Klik sini untuk Set Bersalin Shaklee.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Tips Susu Ibu Banyak – Tandem Pumping

Tips Susu Ibu Banyak

 

Antara tips untuk banyakkan susu ibu ialah untuk memerah payudara dengan pump setelah bayi selesai direct feed. Ini untuk memastikan payudara betul-betul kosong dan memberi signal kepada badann untuk terus menghasilkan susu.

Tetapi bila bayi sendiri menyusu dalam satu jangka masa yang lama ramai ibu-ibu yang mengeluh kerana tidak cukup masa.

 

Tahukan anda Kaedah Tandem Pumping?

 

Tandem Pumping

Antara cara untuk banyakkan lagi susu ibu ialah dengan kaedah Tandem Pumping. Tandem Pumping ini ialah bila anda direct feed bayi dan pump payudara lagi sebelah. Dengan cara ini juga anda akan lebih cepat mengalami let down kerana hisapan baby secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah breast. Bagus untuk diamalkan semenjak dalam pantang.

 

Antara kebaikan tandem pumping ialah:

  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Boleh mengatasi Puting Ibu tersumbat
  • Tandem pumping akan mengurang rasa bengkak payudara akibat susu banyak.
  • Tidak perlu risau sama ada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah ‘demand and supply’. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.

 

tips tandem pumping
Tandem pumping

 

Sofia sendiri menggunakan kaedah ini semasa menyusukan Bella dahulu. Memang banyak susu yang kita boleh dapat. Waktu ini anak kenyang, stok untuk anak pun boleh dapat.

 

Anda sedang mencari Set Menyusu? Klik sini untuk Set Menyusu.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

× Hubungi kami