Tips Mudah Bersalin

Tips Mudah Bersalin

 

Setelah melalui masa selama 9 bulan mulalah ibu merasa resah gelisah untuk bersalin. Time ni dulu, Sofia dah mula mencari tips mudah bersalin dan cara-cara bersalin. Kenapa Sofia cari? Sebab Sofia tak suka nak melalui sesuatu tanpa Sofia tahu caranya. Jadi waktu ini memang Cik Google kerap jadi peneman. Takde la rasa takut sangat bila nak bersalin nanti.

 

tips mudah bersalin

Ni antara tips yang boleh diamalkan buat bakal ibu-ibu di luar sana.

 

Kredit: Info Ibu Hamil

 

Anda sedang mencari set berpantang untuk selepas bersalin nanti? Klik sini untuk Set Bersalin Shaklee.

 

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

? Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

 

? Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 

? Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 

? Keempat:

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 

? Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 

? Keenam:

Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 

? Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

? Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

 

Sumber : Whatsapp

Hubungi Sofia untuk mendapatkan produk Shaklee anda hari ini.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Cara Kira Waktu Subur

Cara Kira Waktu Subur

Cara yang paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid anda. Kemudian lihatlah sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.

cara kira waktu subur
Catatkan tempoh kitaran haid anda

Anda akan mula melihat tanda-tanda kesuburan kira-kira lima (5) hari sebelum ovulasi. Ovulasi biasanya bermula di antara 12 hingga 14 hari sebelum anda datang haid. Ini adalah anggaran purata sahaja, oleh itu ia boleh berlaku dalam masa dua hari sebelum atau selepas itu.

Contohnya, katalah kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Kira hari pertama anda datang haid sebagai Hari Pertama. Waktu subur anda kemungkinan besarnya ialah di antara hari ke-12 dan ke-17.

Kalkulator ovulasi boleh digunakan untuk menentukan waktu subur

Namun ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Jika kitaran haid anda tidak tetap, ovulasi mungkin berlaku seminggu awal atau lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.

Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. Ini termasuk :

Perubahan pada mukus serviks

Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.

Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.

Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.

Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Mukus Serviks
Mukus Serviks

Sakit pinggang

Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai “sakit pinggang sebelah” atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.

Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Rasa seksi dan suka memikat

Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur.

Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!

Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:

  • Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.
  • Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya.

Sumber : www.babycenter.com.my

Anda mempunyai masalah kitaran haid yang tak teratur? Saya cadangkan anda memakan GLA Complex untuk membantu masalah kitaran haid anda.

gla complex

GLA (asid gamma linolenik) sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA ialah asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh. Selain minyak biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, produk ini juga diperkaya dengan vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.

  • Menggalakkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak borej mengandungi pati GLA semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Anda boleh mendapatkan GLA Complex di sini:

esell-shaklee-logo

Atau dengan cara menghubungi Sofia ye.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

tanda-tanda bayi tidak mendapat susu secukupnya

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

 

Jika anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee boleh klik di sini.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Ayam Bakar Rangup

Makanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.

Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.

ayam bakar
Tengok tu… licin!
shaklee selangor
Mungkin sebab semasa mengandungkan Bella Sofia memang suka makan ayam goreng terutama KFC, sekarang dah jadi kegemaran Bella pula.

 

Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih.  Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook.  Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe

Ayam Bakar Rangup

 

Ayam Bakar
Ayam Bakar Rangup

Resipinya di sini:

Bahan-bahan

– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.

– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.

– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.

– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.

 

Cara-cara menyediakan

– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.

– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.

– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.

– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.

 

Selamat mencuba!!!

Kredit: Tastemade

 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts