Ayam Bakar Rangup

Makanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.

Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.

ayam bakar

Tengok tu… licin!

shaklee selangor

Mungkin sebab semasa mengandungkan Bella Sofia memang suka makan ayam goreng terutama KFC, sekarang dah jadi kegemaran Bella pula.

 

Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih.  Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook.  Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe

Ayam Bakar Rangup

 

Ayam Bakar

Ayam Bakar Rangup

Resipinya di sini:

Bahan-bahan

– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.

– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.

– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.

– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.

 

Cara-cara menyediakan

– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.

– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.

– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.

– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.

 

Selamat mencuba!!!

Kredit: Tastemade

 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...