Malam ini kita dah mula bertarawih di rumah masing-masing. Sofia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan buat semua umat Islam. Semoga wabak yang melanda pergilah secepat mungkin. Sama-sama kita jaga kita di rumah ye!
Baca : Promosi Set Ramadan 2020
5 Tips Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
Semasa berpuasa, terdapat kemungkinan kita mengalami ketidakselesaan, ada yang letih, tidak berdaya, dahaga yang teruk, ada juga mungkin kena gastrik. Berikut adalah 5 cara untuk menanganinya supaya boleh terus bertenaga sepanjang hari!
Baca : 5 Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu
1 Keletihan
Tidur yang tidak mencukupi, kandungan nutrien pemakanan dan kehilangan
elektrolit boleh menurunkan tahap tenaga.
Semasa berpuasa pastikan:
• Dapat rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti supaya bangun dengan
rasa segar.
• Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
• Rancang makanan anda dan sertakan makanan yang memberi
tenaga berpanjangan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder.
• Masukkan Coenzyme Q10 ke dalam diet untuk meningkatkan tenaga.
2 Dehidrasi
Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan yang berlebihan menyebabkan dehidrasi yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak mendapat cecair yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan aktiviti fizikal.
Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Elakkan dehidrasi dengan:
• Kekal sejuk.
• Elakkan pendedahan kepada haba yang berlebihan.
• Ambil Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan, membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
Baca : Info Produk – Performance Drink
Baca : Performance Drink untuk ibu menyusu yang berpuasa
3 Kenaikan Berat Badan
Kita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana
terdapat kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi dengan lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa.
Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengamalkan tabiat makan yang sihat melalui kawalan diri dan disiplin.
• Menutup jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang memberikan 19 vitamin dan mineral penting.
• Urus berat badan anda dengan Cinch® Shake Mix, kaya dengan protein,
serat dan kalsium, memberikan manfaat makanan dengan rasa seperti
pencuci mulut.
4 Sembelit
Ketidakselesaan biasa dihadapi semasa berpuasa adalah sembelit yang boleh
berlaku akibat pengambilan cecair dan serat yang rendah.
Adalah penting untuk:
• Minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
• Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta
sayur-sayuran.
• Atur pergerakan usus dengan campuran propietari Herb-lax yang dipertingkatkan yang mengandungi daun senna, dimana secara tradisinya digunakan sebagai julap semulajadi.
Baca : Manfaat Herb-lax
5 Ketidakhadaman (Pedih Ulu Hati)
Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut.
Kawal pedih ulu hati dengan:
• Makan secara sederhana.
• Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
• Kurangkan pengambilan kafein.
• Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
• Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman
Baca : Penyebab Gastrik
Untuk order, boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665.
Anda juga boleh ikuti Sofia di
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves Instagram : kedaivitamingombakdanbatucaves
3 Comments
salam ramadhan..