My Shaklee Effect

This is My Shaklee Effect – This is My Story

Shaklee Effect Sofia. Bermula dengan set menyusu yang Sofia makan sejak Bella berusia sebulan, Sofia kini konsisten makan beberapa supplemen dan vitamin Shaklee setiap hari. Bella sudah pun berhenti breastfeed tapi disebabkan kelainan yang Sofia dapat rasakan setiap kali memakannya Sofia teruskan juga dan kini memang sudah jatuh cinta heads over heels dengan jenama dan produk ini.

my shaklee effect

Kedua-dua gambar ini adalah tanpa sebarang make-up, losyen ataupun lipstick

Gambar 1

Gambar di sebelah kiri di ambil pada April 2013. Bella sewaktu itu berusia 7 bulan, bermaksud sudah 6 bulan Sofia makan Shaklee pada waktu itu. Pada waktu tersebut, Sofia hanya mengambil Set Menyusu yang terdiri daripada b-complex, vita-lea, esp, ostematrix dan alfalfa. Nak makan vitamin c tetapi pada waktu itu vitamin c out of stock pula di seluruh Malaysia selama hampir setahun.

Gambar 2

Gambar di sebelah kanan di ambil baru-baru ini. Sekarang Sofia konsisten memakan beberapa set seperti berikut:
– set kecantikan iaitu b-complex, vitamin c dan vitamin e
– set resdung/eczema iaitu b-complex, vitamin c dan alfalfa
– set sendi iaitu ostematrix dan omega

Kadang-kala Sofia mengambil berikut:
– performance drink sebagai penghilang dahaga
– cinch energy tea mix untuk menghilangkan mengantuk
– ESP sebagai sarapan pagi (bila teringat)
– vita-lea (ni makan ikut suka)
– herb-lax bila rasa dah terlebih makan
– nutriferon bila demam dan
– vivix bila sakit slipped disc datang menyerang

Sofia juga mengamalkan set kecantikan luaran Shaklee –
Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
Enfuselle Hydrating Toner
Enfuselle Hydrating Moisturizer
Herbal Blend Multi-purpose Cream

Apa yang Sofia dapat daripada kesemua yang Sofia makan dan gunakan ini?

1. Susu yang banyak sehingga boleh menyimpan stok untuk Bella minum sewaktu Sofia keluar bekerja.

Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.

Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.


2. Sentiasa bertenaga walaupun tak cukup tidur.


3. Hilangnya keputihan.


4. Jeragat pudar.


5. Stretchmarks baaaanyak sudah kurang.


6. Bau mulut sudah hilang. Rupa-rupanya bau mulut ni kerana lendir yang terkumpul kerana resdung.


7. Resdung dah tak ada. Hidung dah tak berair setiap pagi. Kalau dulu selalu bergantung kepada Nasonex Nasal Spray. Tanpa nasal spray ini dahulu, hidung Sofia akan sentiasa berair dan tiada tahi hidung.


8. Sakit kepala sudah tiada disebabkan hidung sudah takde blockage. Masalah hidung ni Sofia sampai berjumpa dengan pakar. Nasonex Nasal Spray tu pakar la yang suruh guna. Setiap hari kena sedut dan spray ke dalam hidung. Kalau terlupa? Akibatnya sakit kepala sehingga bahagian di sekeliling mata dan pipi pun berdenyut sekali. Bila sakit kepala, selalu cari panadol. Bila panadol tak berkesan, cari ponstan pula.


9. Sofia juga mempunyai masalah eczema. Salah guna sabun, habisla tangan Sofia. Naik ruam di celah-celah jari. Jari pun kelihatan macam jari nenek tua. Kalau dulu, setiap hari kena sapu betamethason valerate cream. Kalau lupa nak sapu? Naik la balik. Sekarang, Alhamdulillah tangan dah pulih. Dah takde rupa macam tangan nenek tua.


10. Sofia mempunyai masalah slipped disc. Terasa kurang sakitnya bila konsisten makan ostematrix dan omega. Kalau tidak dulu setiap kali sakit kena makan Arcoxia. Sekarang hanya makan bila betul-betul perlu sahaja.


11.Yang Sofia paling suka Shaklee ni ialah ia tolong kurangkan kebergantungan Sofia kepada ubat-ubatan. Ponstan, Nasonex Nasal Spray dan Betamethason Valerate Cream dah langsung tak guna dah. Hanya kadang-kadang sahaja perlukan Panadol dan Arcoxia. Itupun dah amat jarang penggunaannya. Kedua-dua Nasonex Nasal Spray dan Betamethason Valerate Cream pula mengandungi steroid. Agak-agak dah berapa lama steroid ni berada dalam saluran darah Sofia. Bila ingat kembali, Sofia mula diberi Betamethason Valerate Cream oleh doktor pakar sejak Sofia masih belajar di sekolah menengah.

shakle effect 2

Ada beza tak? Gambar atas tangan masa nak kawin. Tahun 2011. Gambar bawah baru aje ambil hehehe.

Seperti yang Sofia beritahu di atas, Sofia ada eczema. Dulu kena guna ubat yang mengandungi steroid. Sekarang tak perlu lagi.  Dulu jari banyak kedut-kedut. Mak selalu kata tangan Sofia macam tangan nenek tua. Malu!

Orang ingat sebab banyak wat kerja. Tapi sebenarnya kerana penyakit. Sekarang, setelah konsisten makan Shaklee selama hampir dua tahun, tangan pun dah jadi lembut. Dah tak macam tangan nenek tua.

Yang penting, Suami pun suka sangat belai tangan ini. Dulu nak pegang suami pun segan.

1623729_10152471653370958_6964776265800780774_n

Macam tak percaya di suatu ketika dahulu tangan dan jari Sofia pernah jadi begini. (Ni bukan tangan Sofia ye. Masa dulu terjadi tak terfikir nak ambil gambar)

Ngeri bila ingat semula. Oleh kerana eczema, tangan Sofia pernah beberapa kali jadi seperti dalam gambar di atas. Asal ada aje alahan, ia akan merekah dan menjadi gatal. Bila dah tak tahan, mulalah menggaru sakan. Hasilnya, begini. Tapi ni bukan tangan Sofia ye. Masa terjadi dulu tak terfikir nak ambil gambar. Tapi memang sebijik rupanya seperti dalam gambar. Nak buat kerja pun susah. Nak menulis. Nak pakai baju. Segala-galanya susah la. Dan kerana ini Sofia selalu ke hulu dan ke hilir bersama losyen dan juga Betamethason Valerate cream. Memang takleh tinggal. Mesti bawa bersama ke mana-mana.

Tu cerita dulu. Sekarang tak perlu dah.

Ini tangan Sofia. Alhamdulillah sudah sembuh.

Ini tangan Sofia. Alhamdulillah sudah sembuh.

Nasib baik la berjumpa Shaklee. Kerana sebab-sebab diatas Sofia jatuh cinta over and over again dengannya. 🙂

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “My Shaklee Effect

  1. Best testimoni kak pia.Yana pun sejak amalkan shakle dah lama tak demam teruk. Baru nak demam sikit, dah elok. Teringin jugak nak ambik MC, ops! Hehe ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *