Rahsia Susu Ibu Banyak

Rahsia Susu Ibu Banyak

 

Sofia rasa ramai ibu mengandung yang mahu menyusu anaknya tetapi apabila sudah melahirkan, sebaliknya berlaku. Berbagai-bagai alasan yang diberi mengapa mereka tidak dapat memberi anak mereka susu badan. Sebenarnya, nak menyusu ni pun kita mesti ada ilmu. Ilmu menyusu anak-anak. Dan yang paling penting sekali ialah kesabaran.

 

Berikut Sofia senaraikan beberapa rahsia susu ibu banyak :

Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.
Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.

 

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama kelahiran.

2. Susukan bayi sekerapnya untuk rangsangan / stimulasi pengeluaran susu ibu dengan segera.

3. Perah susu ibu seawal 4 hari kelahiran bayi.

4. Semasa di dalam pantang / berada di rumah seelok-eloknya beri bayi susu ibu secara terus kerana khasiat susu ibu terpelihara daripada susu ibu perahan (EBM) kerana tidak terdedah dengan perubahan suhu panas sejuk. Susu susu ibu perahan boleh digunakan jika ibu kembali bekerja atau pergi keluar rumah.

5. Amalkan konsep ‘Demand and Supply’. Selagi mana ada permintaan kepada payudara, selagi itulah susu akan keluar dengan banyaknya. Jangan biarkan payudara membengkak kerana bayi tidak menyusu atau mengepam. Ia akan menyebabkan susu berkurangan secara automatic kerana payudara menghantar signal ke otak susu sudah mencukupi.

6. Disiplin dan jati diri dalam penyusuan sangat penting kerana ia melibatkan diri sendiri.

7. Perbanyakkan Doa moga ditambahkan susu ibu dan di permudahkan perjalanan menyusukan sehingga 2 tahun.

8. Banyak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong penyusuan susu ibu.

9. Dapatkanlah sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami tentang penyusuan ibu.

10. Mengambil makanan tambahan untuk menambah susu ibu. Makanan tambahan untuk menyusukan bayi perlu jika ibu kerap penat dan letih serta tidak dapat memenuhi pyramid pemakanan. Contoh makanan tambahan ialah Set Penyusuan Shaklee.

 

Sumber : http://sweetmom83.blogspot.com

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Visited 2 times, 1 visit(s) today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *