Sakitnya Bengkak Susu

Punca dan Cara Melegakan Bengkak Susu

 

Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

 

Punca Bengkak Susu

 

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas .

 

Clogged Ducts
Clogged ducts

 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra

2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar

3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh

4) Jangkitan yis

5) Stress

6) Tak cukup tidur

7) Salah cara lekapan bayi

 

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

 

Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?

 

1) Susukan anak sekerap yang boleh

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat

Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat. 

Apa sebenarnya lecithin ni? Boleh baca di sini.

lecithin

Lecithin juga membantu ibu menyusu untuk kuruskan badan. Macam mana? Boleh baca di sini.

1003919_10151838305515958_1782824860_n

7) Kuatkan imunisasi tubuh

Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.

Anda berminat untuk mendapatkan Supplement SHAKLEE?

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu
Instagram : vitamin_c_shakleebysofia
Visited 2 times, 1 visit(s) today

Related Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *