Makan Tengahari Dengan Set Mighty 3 Gems Shaklee

Lunch Sofia hari ni.

 Set Mighty 3 gems Shaklee iaitu gabungan ESP + Meal shakes + Performance drink.

Rasanya seperti air susu berperisa oren. Sekejap je dah habis satu shaker. ?

Masa bancuh tadi kena sorok daripada Bella sebab meal shakes tu dia punya. Orang lain tak boleh minum. ??

 

set mighty 3 gems shaklee

Set Mighty 3 Gems Shaklee

 

 

Set Mighty 3 Gems Shaklee ni mengenyangkan.  Selalunya dibancuh untuk menahan lapar semasa berpuasa. Sofia pula bancuh sebab nak gantikan makanan tengahari. Hehe nak diet laa kononnya. Set ini memastikan badan kita masih mendapat keperluan nutrisi yang kita perlukan dan juga berikan kita tenaga dan kekal terhidrat.

 

Set Mighty 3 Gems Shaklee ini terdiri daripada 3 produk Shaklee. Bagaimana cara membancuhnya? Sofia bancuh begini:

  1. Air sejuk 250ml
  2. 2 sudu besar ESP
  3. 2 sudu besar meal shakes
  4. 2 sudu besar performance drink
  5. Susu segar (optionally). Bila tambah susu segar ni, rasanya akan lebih sedap lagi sebenarnya.
  6. Kacau atau shake sehingga sebati dan minum.

Set ini juga sesuai sebagai pengganti sarapan pagi tau. Untuk mereka yang selalu tak sempat nak makan, bila dah sampai kat ofis, perut dah mula rasa nak kena gastrik. Jadi berhati-hati. Minum je Set Mighty 3 Gems Shaklee ini sebagai alternatif.

 

Info bahan dalam Set Mighty 3 Gems Shaklee

 

ESP
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

 

Meal Shakes

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

 

Performance Drink

Merupakan sejenis minuman isotonik daripada Shaklee. Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Nak cuba buat minuman Set Mighty 3 Gems Shaklee ini?

 

Kenalah dapatkan ESP, meal shakes dan performance drink dahulu. Boleh hubungi Sofia atau boleh juga order di sini dengan debit/credit card.

 

esell-shaklee-logo

 

Untuk info dan order :

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Pengedar Shaklee Gombak 012-3390665
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu
Instagram : shakleebysofia
Share Button

Ayam Bakar Rangup

Makanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.

Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.

ayam bakar

Tengok tu… licin!

shaklee selangor

Mungkin sebab semasa mengandungkan Bella Sofia memang suka makan ayam goreng terutama KFC, sekarang dah jadi kegemaran Bella pula.

 

Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih.  Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook.  Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe

Ayam Bakar Rangup

 

Ayam Bakar

Ayam Bakar Rangup

Resipinya di sini:

Bahan-bahan

– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.

– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.

– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.

– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.

 

Cara-cara menyediakan

– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.

– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.

– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.

– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.

 

Selamat mencuba!!!

Kredit: Tastemade

 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...