Beberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.
Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur. Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.
Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.
Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.
Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!! Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂
Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :
1. Preheat on high for 10 minutes
2. Grill on high heat
3. Finish on medium-low
https://www.youtube.com/watch?v=_P-RIAnkIRU
Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.
Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.
Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
3 Comments
Specialnya grill, elektric punya. Ayam pun nampak sedap.
Saya pun lama tak bakor ayam, last sekali guna dapur arang je. 🙂
hehe selama ni tak tahu pun ada electric grill. Sejak guna hari tu, setiap minggu membakar. Dah pelbagai menu buat. Memang best 😀
sedapnya ayam panggang 🙂