📣📣📣PENGUMUMAN!📣📣📣
Stok baru ESP, Omega Guard dan Ostematrix akan dibuka untuk jualan pada minggu hadapan.
Stok baru ESP, Omega Guard dan Ostematrix akan dibuka untuk jualan pada minggu hadapan.
Selamat Tahun Baru 2019!!!
Selamat tinggal 2018. Selamat datang 2019. Semoga 2019 lebih baik dari 2018. ?
Bagaimana nak mulakan tahun baru bersama Shaklee? Semestinya dengan ESP. ❤❤❤
Pagi ni Sofia nak kongsikan cara bagaimana nak tentukan telur masih segar atau sudah busuk dengan membuat ujian telur.
Kalau diikutkan tarikh luput pada sarang telur tu ialah 17 Julai 2017. Dah lebih 10 hari. Nak buang sayang. Nak masak takut dah busuk. Jadi Sofia cubalah buat ujian telur yang ringkas ni.
Senang sangat. Mulakan ujian telur dengan memasukkan telur ke dalam bekas berisi air sejuk dan lihat kedudukan telur tersebut.
1.Sangat Segar – Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
2. Berusia Seminggu -Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit
3. Berusia 3 minggu – Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
4. Telur Busuk – Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air jadi janganlah pergi makan pulak.
Tamat sudah ujian telur kita pagi ini. Mudah bukan?
Tahukah anda telur juga adalah sumber protein? Protein amat diperlukan oleh sel-sel badan kita. Jom baca lebih lanjut tentang protein di sini —> http://sovitamin.com/protein-dalam-diet-satu-keperluan/
Sofia tak jual telur tapi Sofia jual produk kesihatan jenama Shaklee. 😀
Untuk Info Dan Order :
Tengku Sofia Sabrina“ESP membuatkan saya jadi muda. Bawa 3 orang anak, orang tengok semacam ja. Dia ni sekolah tak habis lagi dah gatal kawen?
Masa pi cek perut anak ke 3, siap kena perli dengan doktor lagi. Doktor tu tanya… macamana awak tahu awak mengandung? Saya jawab..
“saya tahu saya pregnant bila saya rasa mual-mual dan pening.. Doktor, upt saya positif dan ni anak ke 3. Saya dah 30-an doktor.
Saya just nak tahu saya dah berapa weeks”.. DOKTOR JEGIL dan mula suara biasa kembali. Hahahahaha.. my love story!” – Puan Noorhafiza Mohamad Akib.
Hehehe kan dah tampak muda dari usia sebenar, sampai doktor pun tak percaya.
Kenapa boleh begitu? Kerana ESP ni ialah minuman protein daripada soya. Protein memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sel-sel baru. Untuk maklumat lanjut mengenai protein boleh baca di sini.
Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh kita.
Anda mencari set mengandung untuk menambah nutrisi semasa hamil? Klik sini untuk Set Hamil Shaklee.
Untuk Info & Order:
Tengku Sofia SabrinaMakanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.
Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.
Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih. Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook. Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe
– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.
– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.
– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.
– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.
– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.
– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.
– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.
Kredit: Tastemade
Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent DistributorBeberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.
Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur. Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.
Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.
Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.
Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!! Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂
Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :
1. Preheat on high for 10 minutes
2. Grill on high heat
3. Finish on medium-low
Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.
Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.
Tengku Sofia Sabrina