Cara Menyimpan Susu Ibu

Buat ibu-ibu yang baru bersalin,

Macam Sofia dulu tak banyak ilmu tentang susu ibu. Yang Sofia tahu bila dah direct feed bayi, kita perlu pam. Pam untuk kosongkan breast kita. Dan susu yang kita dah pam tu kita simpan. Kita simpan untuk beri bayi minum lain kali tapi yang penting buat ibu-ibu yang bekerja, kita pam dan simpan agar bayi kita tak kelaparan setelah kita ke pejabat nanti.

Ingat! Susu ibu ialah susu yang terbaik buat bayi anda. Jangan cepat mengalah dan beralih kepada formula. —> Ini yang Sofia pegang dulu. I want to give the best to my baby. NO FORMULA!

Tahukah anda bahawa terdapat masa tertentu untuk menyimpan susu yang telah di pam? Haha, Sofia pun pada mulanya ingat susu tu boleh duk lama-lama atas meja. Rupanya tak boleh. Bakteria boleh hinggap dalam susu dan menyebabkan bayi kita sakit cirit-birit.

Berikut ialah cara penyimpanan EBM (Expressed breast milk) atau susu ibu yang diperah.

Cara Menyimpan Susu Ibu

 

Cara menyimpan susu ibu

Menurut Doktor Pakar Kanak-kanak yang Sofia selalu jumpa untuk Bella, susu ibu yang tidak di simpan dalam peti sejuk, mengikut cuaca di Malaysia hanya boleh bertahan selama sejam atau dua jam sahaja. Lagi panas cuaca kita, lagi senang bakteria hendak membiak.

Itu serba sedikit perkongsian Sofia tentang penyimpanan susu ibu.

Anda mempunyai masalah untuk membuat stok susu ibu? Susu ibu kurang?  Di sini banyak info tentang susu ibu –> Susu Ibu

Jangan lupa untuk menghubungi Sofia jika anda ada masalah untuk membuat menyimpanan stok anda.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Ayam Panggang

Beberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.

Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur.  Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.

Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.

Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.

Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.
Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.

 

ayam panggang
Ayam panggang siap!

 

Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!!  Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂

Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :

1. Preheat on high for 10 minutes

2. Grill on high heat

3. Finish on medium-low

Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.

Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Rahsia Susu Ibu Banyak

Rahsia Susu Ibu Banyak

 

Sofia rasa ramai ibu mengandung yang mahu menyusu anaknya tetapi apabila sudah melahirkan, sebaliknya berlaku. Berbagai-bagai alasan yang diberi mengapa mereka tidak dapat memberi anak mereka susu badan. Sebenarnya, nak menyusu ni pun kita mesti ada ilmu. Ilmu menyusu anak-anak. Dan yang paling penting sekali ialah kesabaran.

 

Berikut Sofia senaraikan beberapa rahsia susu ibu banyak :

Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.
Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.

 

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama kelahiran.

2. Susukan bayi sekerapnya untuk rangsangan / stimulasi pengeluaran susu ibu dengan segera.

3. Perah susu ibu seawal 4 hari kelahiran bayi.

4. Semasa di dalam pantang / berada di rumah seelok-eloknya beri bayi susu ibu secara terus kerana khasiat susu ibu terpelihara daripada susu ibu perahan (EBM) kerana tidak terdedah dengan perubahan suhu panas sejuk. Susu susu ibu perahan boleh digunakan jika ibu kembali bekerja atau pergi keluar rumah.

5. Amalkan konsep ‘Demand and Supply’. Selagi mana ada permintaan kepada payudara, selagi itulah susu akan keluar dengan banyaknya. Jangan biarkan payudara membengkak kerana bayi tidak menyusu atau mengepam. Ia akan menyebabkan susu berkurangan secara automatic kerana payudara menghantar signal ke otak susu sudah mencukupi.

6. Disiplin dan jati diri dalam penyusuan sangat penting kerana ia melibatkan diri sendiri.

7. Perbanyakkan Doa moga ditambahkan susu ibu dan di permudahkan perjalanan menyusukan sehingga 2 tahun.

8. Banyak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong penyusuan susu ibu.

9. Dapatkanlah sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami tentang penyusuan ibu.

10. Mengambil makanan tambahan untuk menambah susu ibu. Makanan tambahan untuk menyusukan bayi perlu jika ibu kerap penat dan letih serta tidak dapat memenuhi pyramid pemakanan. Contoh makanan tambahan ialah Set Penyusuan Shaklee.

 

Sumber : http://sweetmom83.blogspot.com

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.

(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder

(4) Minum air secukupnya

(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.

(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.

(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi

(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

sumber: susu-terbaik.blogspot.com

 
 
Supplemen Shaklee yang boleh membantu ibu menyusu di bulan puasa
 

1. ESP
Protein shake untuk kekal bertenaga, dan juga milk booster.

2. Performance Drink

Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh dan justeru itu dapat mengelakkan dehidrasi. Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
 
3. Alfalfa 
Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. (Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini) Juga dikenali milk booster hebat.
 
4. Vita-lea
Vita-lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

5. B-Complex
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap (8 jenis vitamin B) bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Asid folik dan B12 penting bagi wanita hamil dan wanita-wanita dalam mengawal emotional stress-level.

6. Vitamin C
Untuk meningkat sistem imun ketika puasa

7. Ostematrix
Kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi dan magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Klik di sini untuk membuat pesanan –> http://bit.ly/SetMenyusuKetikaBerpuasa

ATAU

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu

 

Continue Reading

Related Posts

Makanan Untuk Kulit Sihat

Makanan Untuk Kulit Sihat

 

Air kosong
Minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.

 
Ikan salmon
Omega-3 pada ikan salmon membantu melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kulit kemerah-merahan.

 

Salad dan lobak merah
Vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan pergantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambah zat dan meningkat penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

 

Tomato, keledek dan strawberi
Likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyak kolagen. Vitamin C dalam keledek dan strawberi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran serat kolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.

 

Produk soya
Soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.

 

Bayam dan badam
Bayam kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai anti-oksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.

 

Dark chocolate
Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksidan flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolagen pada kulit dan mengurangkan kedutan.

 

 

Susah untuk mendapatkan Omega 3, Soya, Vitamin A, B, C dan E dalam diet anda?

Hubungi kami untuk mendapatkan kesemua di atas.

Untuk Info & Order:
Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts