Kenapa Rahim Bengkak

Kenapa Rahim Bengkak?

 

Entri hari ini di ambil daripada facebook page Dr Malinda Health & Beauty Clinic.  Semoga bermanfaat.

 

Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit ‘press conference’. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

 

female-reproductive-system-against-white-background
Sistem Pembiakan Perempuan

 

 

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

 

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

– fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.

– Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

– Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

 

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

– haid yang tidak teratur / berpanjangan
– sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
– perut membuncit
– pendarahan abnormal

 

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

 

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

 

SOYA

 

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

 

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea – powerful antioxidant

 

GLA boleh ke?

– GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

 

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

 

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita – Anda Istimewa

 

Luv,

Dr. Malinda

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Nak Kurus Tapi Mengandung – Testimoni

Nak Kurus Tapi Mengandung!

Kali ni Sofia nak kongsi tentang customer Sofia yang mengambil set kurus Shaklee.

Asalnya hendak mengambil set kurus dan set kesuburan tetapi bertindak mengambil set kurus sahaja dahulu kerana kekurangan budget.

Dia mencuba herb-lax, alfalfa dan lecithin. Baru dua minggu makan, terus turun 2 kg! Tapi dia turun tu dengan usaha juga. Katanya dia juga jaga pemakanan – berhenti makan nasi, kafein dan minuman bergas. Setelah melihat hasil dalam masa dua minggu, barulah dia mencuba ESP.

 

nak kurus tapi mengandung

Dua bulan kemudian dia menghubungi Sofia dan memberitahu dia sudahpun mengandung! Memang itupun hajat sebenarnya. Turunkan berat badan dahulu kemudian mengandung.

 

nak kurus tapi mengandung

Tetapi dia tak ambil set mengandung pun. Masih makan set kurus juga. Dia pun pelik. Jadi Sofia beritahu ESP dan alfalfa yang dimakannya untuk kurus pun membantu untuk kesuburan juga. ESP dan alfalfa ada dalam set kesuburan.

 

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Kolagen – Bolehkah Hidup Tanpanya

Kolagen

Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam mamalia. Ia menyumbang kira-kira 30% kandungan protin dalam badan manusia. Ia sering dianggap sebagai “gam yang memegang badan bersama-sama”.

 

Kolagen terdapat dalam tisu berserat seperti kulit, ligamen dan tendon, serta dalam tulang, saluran darah, kornea mata dan di dalam usus.

 

Kolagen adalah penting untuk menguatkan salur darah dan memberi keanjalan dan kekuatan kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kedut dan masalah kulit yang lain. Oleh itu, kolagen adalah salah satu makanan tambahan yang paling popular di kalangan warga tua – kerana ciri-ciri penyembuhannya.

Ciri-ciri Kolagen

 

Kolagen mempunyai kekuatan tegangan yang sangat baik. Ia adalah salah satu protin struktur berserabut panjang yang memberikan stuktur sel dari luar dan juga menyokong kebanyakan tisu badan.

Collagen's triple helix structure
Collagen’s triple helix structure

 

Sebagai asid amino, kolagen diperbuat daripada amina (-NH2) dan asid karboksilik (-COOH) kumpulan berfungsi. Unsur-unsur utama kolagen adalah hidrogen, oksigen, nitrogen dan karbon.

 

Kolagen mengandungi tiga segmen struktur  heliks terkandas (stranded triple helix structure) yang sama. Kelimpahan yang jarang berlaku daripada tiga asid amino glycine, proline dan hydroxyproline memberi kolagen struktur tiga heliksnya.

 

Komposisi kolagen dianggap unik memandangkan kandungan hydroxyproline yang tinggi.

 

Fungsi Kolagen

 

Terdapat lebih daripada 28 jenis kolagen. Kolagen serat memberikan kekuatan dan struktur kepada banyak bahagian yang berlainan dalam badan. Ia merupakan salah satu komponen utama matriks extracellular yang merupakan ciri penentu dalam tisu penghubung pada manusia.

 

Kolagen adalah perlu untuk memelihara keremajaan kulit dan melemahkan kedutan, penting untuk keanjalan tisu perantara kulit, yang membolehkan ia mengembang tanpa merosakkan tisu-tisu.

 

Kolagen dan Usia Tua

 

Apabila kita semakin tua, pengeluaran kolagen mula perlahan dan struktur sel mula kehilangan kekuatannya.

 

Hasilnya kulit mula menjadi rapuh, kurang elastik dan kedutan terjadi. Di samping itu, rambut mula kehilangan warna, sendi kehilangan fleksibiliti dan kualiti tulang mula merosot.

Pengeluaran kolagen mula lambat dan kedutan mula terjadi apabila usia meningkat.
Pengeluaran kolagen mula lambat dan kedutan mula terjadi apabila usia meningkat.

 

Sumber: http://www.medicalnewstoday.com/articles/262881.php

 

Berminat untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder?

Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan hanya dalam masa 8 minggu!

 

terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu
Terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu

 

Hubungi kami hari ini!

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Promosi Berganda Untuk September 2014

Promosi Berganda Untuk September 2014

Promosi Berganda September 2014
Promosi Berganda September 2014

 

Shaklee Collagen Powder

Collagen Powder
Collagen Powder

 

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.

Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Di bawah lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar untuk ikan yang biasa untuk hidup.

Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun. Bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan yang dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak.
– Sangat lasak dan elastik
– Kepaduan sel yang sangat tinggi
– Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
– Jisim molekul yang sangat rendah

ikan

 

Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen di sukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

molekul

7 ramuan utama telah digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar. Tujuh bahan utama adalah seperti berikut :

1. Ektrak biji Camellia Japonica

Mengandungi asid oleik dan isoflavon
Membekalkan nutrisi dan penghidratan

2. Ekstrak Pfaffia

Digunakan secara tradisional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin

3. Kolagen Ikan

Membekalkan elastin
Mengekalkan kulit lebih anjal

4. Ekstrak Kerang-kerangan

Mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata, dan melegakan ketidakselesaan mata

5. Lactobacillus Acidophilus

Meningkatkan penyerapan kolagen

6. Vitamin C

Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit

7. Vitamin B2 dan B6

Bergabung dengan karbohidrat, lemak, dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh

7 ramuan

KEBAIKAN  SHAKLEE COLLAGEN POWDER

 

 

Kebaikan Collagen
Kebaikan Collagen

 

Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan hanya dalam masa 8 minggu!

 

terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu
Terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu

APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

 

testimoni collagen

 

10624753_1522610864641614_1722152033141482322_n

 

syasya syarin 2

 

testi collagen

 

Untitled

 MEAL SHAKES

 

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di sini untuk info tentang meal shakes —> https://sovitamin.com/category/meal-shakes/

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Sakitnya Bengkak Susu

Punca dan Cara Melegakan Bengkak Susu

 

Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

 

Punca Bengkak Susu

 

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas .

 

Clogged Ducts
Clogged ducts

 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra

2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar

3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh

4) Jangkitan yis

5) Stress

6) Tak cukup tidur

7) Salah cara lekapan bayi

 

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

 

Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?

 

1) Susukan anak sekerap yang boleh

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat

Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat. 

Apa sebenarnya lecithin ni? Boleh baca di sini.

lecithin

Lecithin juga membantu ibu menyusu untuk kuruskan badan. Macam mana? Boleh baca di sini.

1003919_10151838305515958_1782824860_n

7) Kuatkan imunisasi tubuh

Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.

Anda berminat untuk mendapatkan Supplement SHAKLEE?

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu
Instagram : vitamin_c_shakleebysofia
Continue Reading

Related Posts