DHA untuk Bayi

DHA untuk Bayi

dha untuk bayi

Susu ibu adalah makanan yang sempurna untuk bayi yang mengandungi semua kebaikan yang mereka perlukan serta mengandungi antibodi anda untuk melindungi bayi daripada jangkitan.

 

Tetapi adakah anda tahu bahawa anda boleh mengubah jumlah susu badan anda mengikut apa yang anda makan? Anda sebenarnya boleh membuatkan susu badan lebih kaya dan lebih berkhasiat untuk bayi melalui pemakanan anda. Susu ibu mengandungi nutrien penting untuk bayi anda termasuk Omega-3 dan Omega-6 asid lemak. Tetapi jika anda tidak mendapatkannya dengan cukup melalui pemakanan, anda tidak akan dapat untuk menyalurkan nutrien penting ini kepada bayi anda.

 

Kenapa Omega-3 dan Omega-6 ni penting?

Kerana tahun-tahun awal anak-anak kita adalah masa pertumbuhan yang sangat pesat – di dalam otak, mata dan sistem saraf dan saintis kini menyedari bahawa perkembangan yang sihat pada bayi bergantung kepada bekalan lemak yang mencukupi iaitu lemak baik (good fats).

 

DHA (docosahexaenoic acid) sudah dikenali sebagai Structural fatty acid  kerana ia menjadi satu blok utama untuk perkembangan seluruh badan terutama di otak dan retina mata. Malah, pakar-pakar mengesyorkan bahawa wanita hamil dan menyusu perlu mengambil 100 – 200mg tambahan DHA setiap hari. AA (arachidonic acid) sejenis  asid lemak Omega-6, juga merupakan asid lemak yang penting dalam otak.

 

Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang mendapat  Omega-3 dan Omega-6 yang mencukupi bertambah baik dari segi intelektual, bahasa dan pembangunan fizikal.

 

Walaupun susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi anda, anda sebenarnya boleh memperbaikinya dengan memastikan anda memakan makanan yang betul.  Kajian telah menunjukkan bahawa penambahan khasiat dengan DHA membantu meningkatkan tahap DHA dalam susu ibu. Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang diperkaya dengan Omega-3 seperti  ikan salmon, tuna dan sardin.

 

 

Adakah anda seorang wanita hamil ataupun menyusu dan mempunyai masalah untuk mendapatkan Omega-3 dalam diet anda?

 

Tak perlu gusar. Anda boleh mendapatkannya dengan OmegaGuard. Hanya dengan 3 biji sehari anda boleh memberi lebih DHA kepada bayi anda melalui susu ibu.
Omega

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan

Related Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *