Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember 2020

Pemberian vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya telah bermula semalam, 1 Disember 2020.  Pemberian vaksin ini diberikan secara percuma di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

vaksin pneomokokal

 

Ibubapa perlu membuat temujanji di Klinik Kesihatan bagi mengelakkan kesesakan dan mematuhi norma baharu.

Menurut myhealth.gov.my

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae.  Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.  Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

 

Menurut MyHealth juga penyakit pneumokokal adalah sangat kerap dan merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.  Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut.  Langkah-langkah pencegahan seperti vaksin adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal.

 

Penyakit yang boleh dihadapi sekiranya anak terkena jangkitan pneumokokal ini adalah :

  • Radang paru-paru
  • Meningitis
  • Sinustisis
  • Sepsis
  • Otitis media

 

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak terkena masalah kesihatan seperti kecacatan otak, pekak, kehilangan tangan atau kaki, lumpuh dan juga boleh menyebabkan kematian.

 

 

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di

FB Personal : Tengku Sofia S Aziz
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram :kedaivitamingombakdanbatucaves

Related Posts

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.