Seronoknya Nak Sertai Blog Mega Shaklee 2.0

blog mega shaklee 2.0

 

Sebenarnya Sofia agak ketinggalan.  Tertinggal keretapi untuk sertai projek Blog Mega Shaklee 1.0.  Kali ni pun dah nak tertinggal sebenarnya (aduh).  Baru tadi dapat tahu kewujudan projek Blog Mega Shaklee 2.0 dan untuk turut serta pula perlu menulis artikel ini dan ada satu lagi artikel, di mana tarikh akhir penghantarannya ialah pada hari Isnin 6 Mac 2023.  Allahu akbar. Sofia cuba ye, kerana untuk Sofia menulis, biasanya akan mengambil masa beberapa jam atau hari kerana teramatlah susah untuk Sofia duduk menulis di laptop ini buat beberapa jam secara berterusan.  Maklumlah, sebagai seorang suri rumah dan ibu yang menguruskan bisnes hanya dari rumah, terdapat baaanyak halangan untuk duduk diam-diam, lama-lama untuk membuat sesuatu.  Harap artikel ini cukuplah kriterianya untuk dipilih turut serta dalam projek  Blog Mega Shaklee 2.0.

 

Baru tadi Sofia menghadiri virtual class di Zoom tentang teknik SEO untuk buat jualan di semua platform marketing. Terbuka mata dan minda Sofia sekejap tentang apa yang boleh didapati dengan menyertai projek ini.  Baru ditunjuknya 1 teknik yang boleh terus digunapakai iaitu tentang keyword yang memainkan peranan penting dalam SEO.  Sofia perlu sertai projek ini untuk menimba lebih ilmu lagi. 

 

Banyak juga Sofia membaca tentang Blog Mega Shaklee 1.0.  Para peserta menerima tajuk dan perlu hasilkan penulisan dalam masa yang singkat.  Kalau takde masa, perlu cari masa untuk menyiapkannya.  Pasti Blog Mega Shaklee 2.0 akan begitu juga, maka dengan ini Sofia tak sabar nak sahut cabarannya! Kita kena sentiasa mencari kesempatan dan peluang dalam kesempitan.  Takde masa, kita cari masa. Semua orang ada 24 jam.  Haruslah kita gunakan sepenuhnya.

 

Ada juga hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan jika menyertai projek Blog Mega Shaklee ini.  Siapa yang tak suka dengan hadiah kan? Hehehe itu juga salah satu sebab Sofia nak sertai projek ini.

 

Selain itu, pasti akan dapat membuat kawan dengan peserta-peserta lain.  Dah duduk rumah ini, group bisneslah yang menjadi penghibur setiap hari.  Sofia nak berkenalan dengan para peserta iaitu pengedar-pengedar Shaklee yang sama-sama aktif sebagai blogger di alam maya ini.  Pasti seronok buat kawan-kawan baru.

 

Haih, hopefully dapatlah Sofia join. 😀

 

 

Kawan-kawan, raya dah tak lama dah. Banyak duit nak guna untuk raya nanti. Apa kata kita buat duit lebih bulan ini.  Jom kita bantu keluarga kita dengan Shaklee.  Anda boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665 dan beritahu Sofia yang anda mahu mulakan bisnes Shaklee dengan join Projek Kocek Raya 2023.

 

Boleh juga klik di sini untuk daftar sendiri sebagai ahli Shaklee https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873

 

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di https://linktr.ee/tengkusofiasaziz

 

Visited 2 times, 1 visit(s) today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *