Ayam Bakar Rangup

Makanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.

Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.

ayam bakar
Tengok tu… licin!
shaklee selangor
Mungkin sebab semasa mengandungkan Bella Sofia memang suka makan ayam goreng terutama KFC, sekarang dah jadi kegemaran Bella pula.

 

Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih.  Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook.  Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe

Ayam Bakar Rangup

 

Ayam Bakar
Ayam Bakar Rangup

Resipinya di sini:

Bahan-bahan

– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.

– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.

– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.

– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.

 

Cara-cara menyediakan

– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.

– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.

– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.

– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.

 

Selamat mencuba!!!

Kredit: Tastemade

 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Ayam Panggang

Beberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.

Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur.  Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.

Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.

Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.

Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.
Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.

 

ayam panggang
Ayam panggang siap!

 

Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!!  Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂

Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :

1. Preheat on high for 10 minutes

2. Grill on high heat

3. Finish on medium-low

Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.

Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Semuanya Mudah dengan Sistem On-Line Shaklee

 

Alhamdulillah sistem on-line Shaklee baru beroperasi semalam (2 Oktober 2013) dan Sofia sudah beberapa kali menggunakannya untuk mendaftar ahli baru dan juga membuat pesanan untuk dihantar terus kepada customer. Seronok betul bila semuanya di hadapan mata. Info produk dan maklumat-maklumat yang lain juga boleh didapati secara on-line dan tidak perlu ke sana ke sini seperti kebanyakan perniagaan lain. Amat sesuai untuk suri rumah (macam Sofia) ataupun yang bekerja (boleh buat secara part-time). Yang penting, ada Internet.

 

 

Berminat nak join sama? Nak tahu lebih lanjut? Bacalah Bagaimana Untuk Menjadi Pengedar Sah Shaklee dan ketahuilah keistimewaan menjadi pengedar Shaklee.

 

 
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sofia seperti tertera di bawah. Marilah bersama kita menjana pendapatan dengan Shaklee.
 
 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

Continue Reading

Related Posts