Dah lama Sofia tak share testimoni diri sendiri.
Bukannya nak kata dah kurus. Tidak. Belum lagi tetapi Sofia sendiri dah rasa ada perubahan.
Kisahnya sejak berhenti kerja 10 tahun yang lalu, berat badan agak susah untuk diuruskan. Ya lah, duduk di rumah jaga anak kecil dan uruskan bisnes online, kebanyakannya banyak duduk daripada berdiri.
Tambahan pula Sofia didiagnos ada masalah slipped disc di 3 tempat sepanjang tulang belakang dan leher Sofia menyebabkan pergerakan agak terhad. Bukan Sofia tak boleh bergerak, cuma Sofia sendiri hadkan pergerakan kerana takut sakit. Padahal semasa bujang dulu Sofia seorang yang aktif, selalu ke gym.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada tahun 2020 juga tidak membantu. Lagi terbatas pergerakan bila mana kita hanya dibenarkan ke dapur dan ke ruang tamu sepanjang hari, malam pula di bilik tidur. Lagilah lemak membesar dengan jayanya. Sofia rasa ramai juga yang berjaya menternak lemak semasa PKP kan?
Bermula tahun lepas semasa geng Shaklee upline Sofia ajak join walking challenge. Sikit-sikit Sofia follow. Tahun ni pula ada Skechers Running Challenge. Untuk challenge itu Sofia nekad buat sebaik mungkin.
Bukan hanya aktif semula, Sofia tambah dengan nutrisi supplement Shaklee dengan pengambilan Set Hello New You! sejak beberapa bulan lepas. Set ini banyak membantu mengawal cravings dan menahan lapar.
Makan pun Sofia kawal. Takde lagi nak makan di tengah malam. Biasanya dinner kami dah selesai sebelum jam 7 malam. Selepas itu kalau lapar, minum air kosong sahaja.
Dalam hati bukan nak kurus sahaja tetapi nak kurus dengan sihat di usia 40an ini. Dapat pakej awet muda lagi bestĀ
Begitulah. Semoga Sofia kuat semangat untuk capai berat ideal, InsyaAllah.
Jangan lupa untuk ikuti Sofia diĀ https://linktr.ee/tengkusofiasaziz
Sofia pada Januari 2024Ā
https://vt.tiktok.com/ZSFRNGtJB/
2 Comments