Assalamualaikum. Entri hari ini terinspirasi daripada pos Sofia di Facebook beberapa hari lepas, di mana Sofia mencari tips hilangkan bau busuk peti ais. Ramai pula kawan-kawan yang kongsikan tips masing-masing. Jadi Sofia buatkan senarai di sini untuk manfaat bersama.
Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Ais
1. Limau Nipis
Ini merupakan cara kegemaran Sofia. Sofia memang selalu guna limau nipis untuk wangikan peti ais termasuk freezer sekali. Limau nipis tu Sofia potong separuh dan letakkan di setiap rak dalam peti ais.
2. Arang
Letakkan beberapa potong arang ke dalam bekas terbuka. Letakkan bekas tersebut ke dalam peti ais.
3. Daun Pandan
Daun pandan dihiris dan diletakkan ke dalam mangkuk kemudian dimasukkan ke dalam peti ais.
4. Kopi
Kopi bukan sahaja sedap diminum tetapi dapat juga menghilangkan bau. Letakkan kopi ke dalam mangkuk kecil dan masukkan ke dalam peti ais.
5. Esen Vanillla
Caranya ialah lap rak-rak di dalam peti ais dengan Esen Vanillla. Wangilah peti ais. Jangan terasa nak makan sudah. Selalunya Sofia bayangkan kek butter setiap kali hidu esen vanilla.
6. Baking Soda
Caranya pun sama, letakkan baking soda ke dalam mangkuk dan masukkan mangkuk ke dalam peti ais.
Begitu banyak caranya nak hilangkan bau yang tak menyenangkan di dalam peti ais. Boleh je pilih cara yang mana suka. Tolong klik butang SHARE jika pos ini memberi manfaat.
Jangan lupa untuk menghubungi kami jika anda perlukan Shaklee ?
KLIK untuk lihat set-set yang ditawarkan
Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram : kedaivitamingombakdanbatucaves
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak jadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai, trip percuma dan banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, MAGNIFICENT. Kami tawarkan kelas online percuma dan masa yang fleksibel. Sesuai untuk pelajar dan pekerja yang mahukan satu business secara part-time dan juga full time.
12 Comments
Wah menarik tips ni. Bolehla apply lepas ni.
Sebelum ni tau arang ngan roti. Tak tau ada lagi yg boleh hilangkan bau.
Nak try guna esen vanilla plak. ?
Thanks for the tips!
Sama-sama
banyak cara ye, kene cuba jgk nih… selalu takat pakai daun pandan… tp kadang bau yg kuat ssh nk hilangkan
Bolehlah try cara yang lain pula untuk bau yang kuat
Biasa letak daun pandan atau arang. Lepas ni ada macam-macam lagilah boleh guna. Terima kasih untuk tips ni.
kita pulak, kalau nak hilangkan bau tak menyenangkan, letak sekeping dua roti kat dalam tu…roti kosong gardenia tu pun boleh…roti berkebolehan untuk menyerap segala bau dari dalam peti tu nanti
Owh baru tahu. Thanks sis!
Yang Esen vanilla Ruby pernah cuba. Memang rasa sesuatu macam kek. Nak ngap. Hehe.
Thanks for the tips! Paling senang kalau letak limau nipis tula kan. Mudah didapati. Kecil je pulak tu takde ambil ruang sangat. Lepastu kena rajin juga cuci peti ais at least sebulan sekali hehe.
bisa dicoba nih tips nya, kebetulan di belakang rumah ada pohon pandan. Trimakasih