Bercerita tentang supplemen ni kan, ramai juga yang bertanya dekat Sofia apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak. Kanak-kanak ni, kebiasaannya memang sukar untuk kita pastikan nutrisi yang mereka perolehi daripada makanan harian cukup untuk mereka. Ada yang picky eater, anak yang tak nak makan sayur. Ada yang nak makan ayam goreng aje setiap hari dan pelbagai macam ragam lagi. Tapi kita tak boleh juga untuk biarkan mereka makan sesuka hati. Mestilah kita nak berikan yang terbaik dari segi nutrisi dan pemakanan kepada anak-anak kita.
Di Shaklee selain vitamin-vitamin untuk dewasa, Shaklee ada juga multi vitamin khas untuk kanak-kanak. Namanya Vita-lea for Children.
Ye. Limited edition. Kalau dulu penutup vita-lea berwarna emas, kali ni penutup vita-lea berwarna putih. Dari penutup sehingga seluruh badannya berwarna putih. Putih bersih.
Cantik tak saya?
Kandungannya masih sama
Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
1. Vitamin A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
2. Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
3. Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
4. Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
5. Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
6. Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
7. Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
8. Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
10.Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
11.Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
12.Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
13.Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
14.Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
15.Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
16.Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
17.Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
18.Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
19.Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Vita-lea ni antara vitamin yang paling asas yang perlu dimakan oleh setiap orang.
Seronok tidak terkata bila dapat tahu semalam yang Vita-lea for Children ni dah kembali di pasaran Malaysia. Seingat Sofia, selama 2 tahun tak ada dan dalam masa 2 tahun tu juga ramai ibu-ibu yang bertanya Sofia tentang multi-vitamin untuk kanak-kanak ini. Tapi nak buat macam mana? Just kata out of stock ajelah but sekarang tidak lagi. 🙂
Vita-Lea for Children
Vita-Lea for Children mengandungi 18 vitamin dan mineral penting dan menyediakan 100% Nilai Harian Vitamin C, D, E dan kesemua 8 jenis vitamin B.
Ia juga mengandungi kalsium, magnesium, zinc, copper dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat.
Manisan semulajadi Xylitol tidak menggalakkan kaviti.
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet.
Berikut adalah perbezaan Vita-lea for Children yang lama dan yang menggunakan formula baru. Banyak khasiat yang telah ditambah untuk menjadikannya lebih baik.
Bayangkan anak-anak anda perlu memakan kesemua makanan di atas untuk mendapatkan segala nutrisi yang ada dalam dua biji tablet Vita-lea for Children
Siapa yang perlukan Vita-Lea for Children?
Anak yang selalu demam, anak yang selalu ada masalah makan makanan khasiat.
Ia melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.
Betul sangat kata-kata di atas. Jadi mak mak ni kita lupa tentang kepentingan kita sendiri. Semua yang kita buat adalah kerana anak kita
Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. 😀
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat untuk mendapatkan sebotol untuk anak anda? Anda boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665. Anda boleh juga beli sendiri di website Shaklee di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873