Tips Susu Ibu Banyak – Tandem Pumping

Tips Susu Ibu Banyak

 

Antara tips untuk banyakkan susu ibu ialah untuk memerah payudara dengan pump setelah bayi selesai direct feed. Ini untuk memastikan payudara betul-betul kosong dan memberi signal kepada badann untuk terus menghasilkan susu.

Tetapi bila bayi sendiri menyusu dalam satu jangka masa yang lama ramai ibu-ibu yang mengeluh kerana tidak cukup masa.

 

Tahukan anda Kaedah Tandem Pumping?

 

Tandem Pumping

Antara cara untuk banyakkan lagi susu ibu ialah dengan kaedah Tandem Pumping. Tandem Pumping ini ialah bila anda direct feed bayi dan pump payudara lagi sebelah. Dengan cara ini juga anda akan lebih cepat mengalami let down kerana hisapan baby secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah breast. Bagus untuk diamalkan semenjak dalam pantang.

 

Antara kebaikan tandem pumping ialah:

  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Boleh mengatasi Puting Ibu tersumbat
  • Tandem pumping akan mengurang rasa bengkak payudara akibat susu banyak.
  • Tidak perlu risau sama ada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah ‘demand and supply’. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.

 

tips tandem pumping
Tandem pumping

 

Sofia sendiri menggunakan kaedah ini semasa menyusukan Bella dahulu. Memang banyak susu yang kita boleh dapat. Waktu ini anak kenyang, stok untuk anak pun boleh dapat.

 

Anda sedang mencari Set Menyusu? Klik sini untuk Set Menyusu.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

Tanda-tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya

tanda-tanda bayi tidak mendapat susu secukupnya

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

 

Jika anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee boleh klik di sini.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Cara Menyimpan Susu Ibu

Buat ibu-ibu yang baru bersalin,

Macam Sofia dulu tak banyak ilmu tentang susu ibu. Yang Sofia tahu bila dah direct feed bayi, kita perlu pam. Pam untuk kosongkan breast kita. Dan susu yang kita dah pam tu kita simpan. Kita simpan untuk beri bayi minum lain kali tapi yang penting buat ibu-ibu yang bekerja, kita pam dan simpan agar bayi kita tak kelaparan setelah kita ke pejabat nanti.

Ingat! Susu ibu ialah susu yang terbaik buat bayi anda. Jangan cepat mengalah dan beralih kepada formula. —> Ini yang Sofia pegang dulu. I want to give the best to my baby. NO FORMULA!

Tahukah anda bahawa terdapat masa tertentu untuk menyimpan susu yang telah di pam? Haha, Sofia pun pada mulanya ingat susu tu boleh duk lama-lama atas meja. Rupanya tak boleh. Bakteria boleh hinggap dalam susu dan menyebabkan bayi kita sakit cirit-birit.

Berikut ialah cara penyimpanan EBM (Expressed breast milk) atau susu ibu yang diperah.

Cara Menyimpan Susu Ibu

 

Cara menyimpan susu ibu

Menurut Doktor Pakar Kanak-kanak yang Sofia selalu jumpa untuk Bella, susu ibu yang tidak di simpan dalam peti sejuk, mengikut cuaca di Malaysia hanya boleh bertahan selama sejam atau dua jam sahaja. Lagi panas cuaca kita, lagi senang bakteria hendak membiak.

Itu serba sedikit perkongsian Sofia tentang penyimpanan susu ibu.

Anda mempunyai masalah untuk membuat stok susu ibu? Susu ibu kurang?  Di sini banyak info tentang susu ibu –> Susu Ibu

Jangan lupa untuk menghubungi Sofia jika anda ada masalah untuk membuat menyimpanan stok anda.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Rahsia Susu Ibu Banyak

Rahsia Susu Ibu Banyak

 

Sofia rasa ramai ibu mengandung yang mahu menyusu anaknya tetapi apabila sudah melahirkan, sebaliknya berlaku. Berbagai-bagai alasan yang diberi mengapa mereka tidak dapat memberi anak mereka susu badan. Sebenarnya, nak menyusu ni pun kita mesti ada ilmu. Ilmu menyusu anak-anak. Dan yang paling penting sekali ialah kesabaran.

 

Berikut Sofia senaraikan beberapa rahsia susu ibu banyak :

Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.
Stok susu yang Sofia dapat kumpul untuk Bella.

 

1. Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama kelahiran.

2. Susukan bayi sekerapnya untuk rangsangan / stimulasi pengeluaran susu ibu dengan segera.

3. Perah susu ibu seawal 4 hari kelahiran bayi.

4. Semasa di dalam pantang / berada di rumah seelok-eloknya beri bayi susu ibu secara terus kerana khasiat susu ibu terpelihara daripada susu ibu perahan (EBM) kerana tidak terdedah dengan perubahan suhu panas sejuk. Susu susu ibu perahan boleh digunakan jika ibu kembali bekerja atau pergi keluar rumah.

5. Amalkan konsep ‘Demand and Supply’. Selagi mana ada permintaan kepada payudara, selagi itulah susu akan keluar dengan banyaknya. Jangan biarkan payudara membengkak kerana bayi tidak menyusu atau mengepam. Ia akan menyebabkan susu berkurangan secara automatic kerana payudara menghantar signal ke otak susu sudah mencukupi.

6. Disiplin dan jati diri dalam penyusuan sangat penting kerana ia melibatkan diri sendiri.

7. Perbanyakkan Doa moga ditambahkan susu ibu dan di permudahkan perjalanan menyusukan sehingga 2 tahun.

8. Banyak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong penyusuan susu ibu.

9. Dapatkanlah sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami tentang penyusuan ibu.

10. Mengambil makanan tambahan untuk menambah susu ibu. Makanan tambahan untuk menyusukan bayi perlu jika ibu kerap penat dan letih serta tidak dapat memenuhi pyramid pemakanan. Contoh makanan tambahan ialah Set Penyusuan Shaklee.

 

Sumber : http://sweetmom83.blogspot.com

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

Cukupkah Susu Saya?

cukupkah susu saya

Saiz Perut Bayi

 

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

 

Cukupkah susu saya? Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas.

 

Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan umurnya?

– Bayi akan muntah susu
– Bayi berasa perutnya tidak selesa
– Bayi terbiasa minum susu dengan banyak

 

Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak), apa boleh terjadi?

– Ibu mungkin risau dan boleh stres
– Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada susu ibu
– Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum susu ibu
– Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana telah dikenyangkan dengan susu buatan
– Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang ‘demand’ ini, membuatkan ‘supply’ berkurangan
– Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah kurang susu

 

Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan, inshaAllah

– Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit sahaja pada permulaan hidupnya
– Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain daripada susu ibu
– Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif akan meningkat

Credit : www.ratuhati.com

 

Dapatkan set menyusu Shaklee untuk susu lebih pekat dan lebih berkhasiat.

Hubungi kami atau order terus di sini –>

 

 

Untuk Info & Order:

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts