Re-Stocked for Cash on Deliveries (COD) Shaklee Products in Gombak and Batu Caves

RE-STOCKED!!!

Kami telah re-stocked barangan Shaklee untuk di pembelian secara Cash on Delivery atau COD di Gombak, Batu Caves dan kawasan-kawasan berhampiran.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Sofia di 012-3390665.

Untuk Info & Order:
 
Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873

Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran
Continue Reading

Related Posts

Testimoni – Kurus Dengan Shaklee

Kurus Dengan Shaklee

Selamat pagi semua! Di sini ada testimoni-testimoni pengguna Shaklee yang berjaya turunkan berat badan. Rata-rata mereke mengamalkan ESP, Alfalfa, Herb-lax, Lecithin dan OmegaGuard.
 
Walau bagaimanapun, senaman dan pengawalan pemakanan juga perlu untuk mendapatkan berat yang anda inginkan.
kurus dengan shaklee

 

turun 12kg

 

turun 30kg
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Vitamin E Eczema – Kulit Licin dan Tidak Berkuping

Vitamin E Eczema – Kulit Licin dan Tidak Berkuping

vitamin e eczema

Anak teruna saya ni ada eczema. Tiap malam konfem menggaru. Ngeri sebab most of the time berdarah-darah. Dan hero sorang ni rajin sangat cabut kuping-kuping kulit kering dan akhirnya kulit luka lagi. So setiap hari kulit luka.

Selama ni bagi Zahin nutriferon dan Chewable Vita C 2-3 kali seminggu. Kalau luka bubuh gel gamat. Kalau kering sapu Herbal Blend, dan kadang-kadang mandikan dia dengan Basic-H2 kalau berair. Alhamdulillah kulit cepat recover tapi cepat kering juga.

Sehinggalah seminggu lepas try letak Vita E kat eczema dia ni. Syukur hari ni dah nampak licin kulitnya dan tak berkuping. Sebelum ni tak pernah letak sebab mana lah tahu jadi lebih gatal. Tetapi Alhamdulillah tidak.

Gambar kiri tu sebelum mula sapu Vita E. Nampak kering di pipi dan cuping telinga kan? Belah kanan setelah seminggu sapu Vita E. Walaupun ada merah sikit lagi tapi dah licin 🙂

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves, Selangor

Salam semua!
 
Entri ini untuk memberitahu kepada sesiapa yang belum tahu (hehehe). Sofia adalah seorang distributor Shaklee yang bertempat di Gombak, Selangor.
 
Jadi, sesiapa yang mahu beli barangan Shaklee secara cash on delivery atau COD, boleh berbuat demikian dengan menelefon, sms, whatsapp Sofia di 012-3390 665 atau pun pm di facebook. Sofia sementara ini masih bergelar suri rumah jadi bolehlah diusahakan berjumpa untuk memberi barangan Shaklee sewaktu orang lain masih bekerja (siang hari).
 

Di mana saya COD?

 
Tempat biasa Sofia akan tunggu untuk COD barang ialah di Giant Batu Caves tetapi boleh juga dibincangkan jika perlu berjumpa di tempat lain.

Untuk penghantaran di luar kawasan Gombak pula, biasanya Sofia akan pos menggunakan khidmat PosLaju atau Shaklee Malaysia akan hantar terus barangan tersebut kepada anda menggunakan khidmat courier GDex atau Citilink.


Kalau tak tahu nak order produk yang mana satu, boleh ceritakan masalah kesihatan anda kepada Sofia supaya saya boleh suggest kepada anda produk yang sesuai  🙂

 

pengedar shaklee gombak
Untuk Info & Order:

 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan

 

Continue Reading

Related Posts

Bahaya. Jangan Abaikan Jika Baru Bersalin

Bahaya! Jangan Abaikan Jika Baru Bersalin

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera
 
Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah:
 
– Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba (mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam). Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera.
 
– Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda praeklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.
 
– Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
 
– Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).
 
– Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital.
 
– Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
 
– Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
 
– Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.
 
– Demam yang sangat panas (38 darjah C / 100 darjah F atau lebih)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
 
– Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.

 

Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

 

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:
 
– Rembesan faraj yang berbau busuk
Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.
 
– Perut yang sakit
Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum.
 
– Buasir yang teruk atau bengkak
Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.
– Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.
 
– Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk. Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.
 
– Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.
 
Untuk dapatkan set pantang secara moden,  click Set Bersalin Shaklee.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts