Sahur Sihat Untuk Puasa

Sahur Sihat Untuk Puasa: Cara Kekal Kenyang, Bertenaga dan Tak Mudah Lapar


Ramai orang pasang niat yang sama setiap kali masuk bulan puasa.  Semestinya kita nak puasa penuh, nak lebih fokus pada ibadah dan nak kurangkan mengeluh letih dan lapar tetapi realitinya, biasanya tak sampai tengah hari pun badan dah mula rasa lesu,  kepala berat, perut berkeroncong, emosi pun mudah terganggu.


Pernah tak anda tertanya-tanya:
“Kenapa puasa terasa makin mencabar, sedangkan dulu rasa okay saja?”


Jawapannya selalunya bermula daripada satu perkara yang nampak kecil, tetapi sangat besar kesannya iaitu SAHUR.

sahur

Sahur bukan sekadar makan, tetapi ia adalah persediaan badan untuk berpuasa berjam-jam tanpa makanan dan minuman.
Apa yang kita makan ketika sahur akan menentukan:

  • Sama ada kita cepat lapar atau tidak
  • Sama ada tenaga stabil atau turun naik
  • Sama ada kita fokus atau asyik mengantuk
  • Sama ada puasa terasa ringan atau menyeksakan


Malangnya, ramai antara kita masih ambil mudah tentang sahur.


Kenapa Ramai Cepat Lapar Walaupun Dah Sahur?


Biasa tak bersahur dengan cara berikut :
– Sahur nasi putih
– Lauk bergoreng
– Minum teh manis atau air bergula

Haha, Sofia pun selalu sahur begitu. Dari kecil lagi dah biasa mak sediakan nasi putih dan lauk pauk baki berbuka untuk bersahur.


Selepas makan, terasa kenyang, tetapi dua tiga jam kemudian, perut mula minta diisi lagi.
Ini bukan sebab kita “tak kuat puasa”.  Ini sebab sahur kita tidak seimbang.


Kesilapan Sahur Yang Selalu Kita Tak Sedar


Ramai orang sangka sahur yang mengenyangkan mestilah berat dan penuh karbohidrat seperti nasi.  Hakikatnya, sahur tinggi karbohidrat ringkas akan menyebabkan:
 

  • Paras gula darah naik dengan cepat 
  • Badan keluarkan insulin secara mendadak
  • Gula darah turun semula dengan pantas
  • Rasa lapar datang lebih awal


Sebab itu ada yang lapar seawal jam 10 pagi, walaupun sahur jam 5 pagi.

Baca : Tips Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa


Jadi Apa Yang Badan Perlukan Semasa Sahur?


Untuk puasa yang lebih selesa, sahur sepatutnya mengandungi protein, karbohidrat kompleks, serat dan lemak sihat.  Antara yang disebut, yang paling penting ialah protein. 

Protein membantu badan :

    • Rasa kenyang lebih lama
    • Lepaskan tenaga secara perlahan
    • Kekalkan paras gula darah stabil
    • Kurangkan rasa lapar melampau
    • Sokong kekuatan otot dan metabolisme

Protein dicerna dengan lebih perlahan berbanding karbohidrat.  Ini bermakna tenaga tidak naik mendadak dan jatuh mendadak.
Tenaga jadi lebih stabil.

Tapi, tak semua orang sempat makan protein semasa sahur. 

Realitinya:
Ada yang tiada selera makan pagi
Ada yang hanya sempat minum air (Sofia la tu, haha)
Ada yang terlalu mengantuk untuk makan berat
Ada yang jaga berat badan, tak nak makan banyak sangat

Di sinilah ramai orang sebenarnya kekurangan protein semasa bersahur, tanpa sedar.


Bolehkah Bersahur Ringkas Tapi Berkhasiat?


Jawapannya, BOLEH!
Asalkan sahur itu mudah dihadam, tidak membebankan perut dan mengandungi protein mencukupi. Sebab itu semakin ramai orang memilih protein dalam bentuk minuman sebagai pelengkap sahur.


Protein ESP Sebagai Sokongan Sahur Sihat

Sahur untuk Puasa
ESP kini didatangkan dalam 3 perisa


Protein ESP ialah protein berasaskan soya yang sering digunakan sebagai sokongan nutrisi harian.  Ia bukan bertujuan menggantikan makanan sepenuhnya tetapi membantu:

  • Lengkapkan keperluan protein
  • Menjadikan sahur lebih seimbang
  • Menyokong tenaga semasa puasa
  • Teksturnya ringan dan mudah dibancuh, sesuai diminum awal pagi.

 

Apa Yang Ramai Orang Perasan Bila Ambil Protein Semasa Sahur?

Antara perubahan yang sering dikongsi apabila seseorang mengambil protein semasa sahur :

✔️ Kurang rasa lapar tengah dan kenyang lebih lama. Protein membantu melambatkan pengosongan perut. Ini bermaksud makanan bertahan lebih lama dalam sistem pencernaan. Hasilnya, perut tak cepat kosong dan isyarat lapar kepada otak lebih perlahan.

✔️ Tenaga lebih stabil sepanjang hari.  Protein memberi tenaga yang lebih konsisten berbanding sahur tinggi gula yang membuatkan tenaga naik dan turun.

✔️ Kurang mengantuk

✔️ Fokus yang lebih baik 

✔️ Puasa terasa lebih ringan kerana protein membantu badan menggunakan tenaga secara lebih efisien

 

Cara Ringkas Pengambilan Protein ESP Untuk Sahur

Antara cara paling mudah ialah dengan membancuh 3 scoop (ada disediakan bersama setiap pembelian ESP) dengan air sejuk atau suam atau susu rendah lemak. Jika nak lebih mengenyangkan boleh campur oat atau kurma. Minum semasa bersahur.

Resipi ESP Smoothie

 

 

Siapa Yang Sesuai Amalkan ESP Semasa Bersahur?

ESP sangat sesuai untuk:

1. Orang yang cepat lapar semasa puasa

2. Mereka yang mudah letih dan pening

3. Individu yang jaga berat badan

4. Orang yang kurang selera makan sahur

5. Ibu hamil yang berpuasa

kelebihan esp ketika berpuasa

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa

6. Ibu menyusu yang berpuasa

Susu Merudum Semasa Berpuasa?

7. Mereka yang mahu puasa lebih selesa

 

Puasa tidak sepatutnya meletihkan. Puasa juga bukan tentang menyeksa badan.

Puasa adalah tentang mendidik diri, memperlahankan rentak dan kembali seimbang. 

Apabila badan kita cukup nutrisinya, ibadah akan terasa lebih tenang, emosi lebil stabil.

Jika setiap tahun anda melalui puasa dengan rasa cepat lapar, letih berpanjangan dan kurang fokus,  mungkin sudah tiba masanya untuk ubah cara bersahur, bukan dengan salahkan diri sendiri.

Sahur yang seimbang, cukup protein dan mudah diamalkan boleh memberi perubahan besar bukan sahaja kepada tenaga tetapi juga kepada kualiti puasa dan ibadah.

 

Promosi ESP sepanjang Januari 2026. Beli 2 botol less 5% dan juga beli 5 botol dapat 1 botol PERCUMA

 

Jika berminat untuk mendapatkan ESP boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665.  Beritahu Sofia yang anda nak join ahli kerana harga ahli lebih menjimatkan.

ATAU anda juga boleh buat belian di website Shaklee di sini https://www.shaklee.com.my/sscart?smart_code=6735EDBA1FDB0

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di https://linktr.ee/tengkusofiasaziz

 

p/s : Anda terasa terkesan dengan keadaan ekonomi masa kini?  Jom mulakan perniagaan Shaklee secara part time bersama saya.  Uruskan kewangan anda hari ini!  KLIK

    Visited 24 times, 1 visit(s) today

    Related Posts

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *