Chickenpox
Chickenpox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.
Chickenpox merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Ia juga boleh merebak melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chickenpox.