Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves

kedai vitamin
Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves 😀

 

Shaklee is a home based business. Oleh itu, ianya beroperasi direct dari rumah. Kedai Vitamin Shaklee kami, kami berikan nama Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves kerana kami berada di kawasan tersebut.

Ianya merupakan kedai yang paling senang kerana ianya di rumah sahaja. Sambil berniaga, sambil menjaga anak di depan mata.

Kedai Shaklee Sofia berada di Taman Samudera, belakang Giant Batu Caves.

Kami juga membuat penghantaran sehingga ke muka pintu di sekitar kawasan Gombak dan Batu Caves termasuk Sri Gombak, UIA Gombak, Taman Greenwood, Jalan Gombak, Gombak Setia dan Danau Kota.

Penghantaran seluruh Malaysia dibuat menggunakan perkhidmatan poslaju.

Berminat dengan produk atau berminat untuk menjadi ahli Shaklee?

Tanya kami hari ini.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Meal Shakes Membantu Anak Sembelit

Meal Shakes Membantu Anak Sembelit – Testimoni

sembelit

Tahukah anda meal shakes mempunyai fiber yang dapat membantu sistem perkumuhan kanak-kanak? Kanak-kanak yang “picky eater” akan selalu mempunyai masalah sembelit ini kerana mereka akan memilih makanan yang hanya disukai oleh mereka. Bila memilih makanan, kebanyakan mereka tidak akan mendapat semua khasiat yang diperlukan daripada makanan. Ada juga yang masih bergantung sepenuhnya kepada susu. Pada peringkat ini, sebenarnya khasiat susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesaran mereka.

 

Hari ini Sofia nak berkongsi testimoni kawan Sofia. Dia telah membeli meal shakes daripada Sofia pada bulan lepas, sempena promosi Meal Shakes.

 

Ini feedbacknya :

 meal shakes membantu anak yang sembelit

“Waalaikummussalam. Dia baru je cuba seminggu yang lepas. Tengok dia membuang okla. Kalau tidak macam payah sikit. In terms of weight belum lagi”

 

Sofia seterusnya explain kepadanya bahawa, meal shakes mengandungi fiber yang menyenangkan proses perkumuhan kanak-kanak dan dewasa.  Beliau juga menaruh harapan agar anaknya akan ada kenaikan berat badan. Dan ini Sofia telah terangkan bahawa kenaikan berat badan akan mengambil masa sedikit bergantung kepada kanak-kanak tersebut (anak Sofia, Bella pun lambat sikit nak naik selera makan dan beratnya – nak tahu kisah Bella dan meal shakes boleh klik di sini). Yang penting sekarang anaknya perlu konsisten mengambil meal shakes setiap hari.

Bagaimana dengan anak anda? Adakah dia juga mengalami masalah sembelit? Cubalah anda berikan dia meal shakes.

Berminat? Anda boleh terus membuat pesanan di sini.

esell-shaklee-logo

 

ATAU boleh juga menghubungi Sofia seperti biasa untuk konsultansi dan order.

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Untuk info dan order :

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Pengedar Shaklee Gombak 012-3390665
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Instagram : hamil.berpantang.menyusu
Instagram : shakleebysofia

 

Continue Reading

Related Posts

Protein Untuk Ibu Mengandung

Protein Untuk Ibu Mengandung – Cukupkah Protein Anda Hari Ini?

 

Anda seorang ibu mengandung? Pernahkah anda terfikir cukupkah pengambilan protein anda hari ini?

 

cukupkah protein

 

Mengapa Anda Perlu Protein Semasa Mengandung

Asid amino yang membentuk protein adalah blok pembinaan sel-sel badan anda dan juga tubuh bayi anda. Adalah sangat penting untuk mendapatkan protein yang mencukupi sepanjang kehamilan terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga iaitu apabila bayi sedang membesar paling cepat dan payudara dan organ-organ anda semakin membesar untuk menampung keperluan bayi anda.

 

Berapa Banyak Protein Yang Anda Perlukan

Wanita hamil : kira-kira 70 gram protein sehari

Wanita yang tidak hamil : kira-kira 45 gram

 

Makanan Apakah Yang Merupakan Sumber Protein

Kacang adalah sumber protein yang bagus seperti juga daging tanpa lemak, ayam, ikan dan kerang-kerangan , telur , susu , keju, tauhu, dan dadih. Walaupun produk haiwan mengandungi protein yang lengkap (semua sembilan komponen asid amino) dan sumber tumbuh-tumbuhan lain yang pada amnya tidak mengandungi protein yang lengkap, memakan pelbagai jenis makanan sepanjang hari akan membantu memastikan anda mendapat semua asid amino yang anda perlukan.

 

Tanda-tanda Kekurangan Protein

Penurunan berat badan, keletihan otot, jangkitan yang kerap dan pengekalan cecair yang teruk (severe fluid retention) boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda tidak mendapat protein yang mencukupi dalam diet anda.

Credit : http://www.babycenter.com

Shaklee menyediakan dua produk sumber protein iaitu ESP dan Meal Shakes.

 

esp
ESP – Energizing Soy Protein

 

meal shakes
Meal Shakes

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang ESP.

Sila klik di sini untuk testimoni ESP untuk ibu hamil.

Sila klik di sini untuk 5 sebab kenapa ibu mengandung harus minum ESP.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang meal shakes.

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

20 Amalan Murah Rezeki

amalan murah rezeki

 

Amalan murah rezeki. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

 

Credit : myibrah.com

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page : Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page : Its All About The Vits
Continue Reading

Related Posts

Kisah Si Anak Meal Shakes

Bella dan Meal Shakes

Sofia mula bagi Bella meal shakes semasa Bella berumur setahun lebih. Sebelum Bella makan meal shakes Bella memang kurang makan nasi. Bila minta pendapat doktor, beliau cadangkan Sofia biarkan Bella berlapar. Katanya jangan bagi susu. Susu cukup 3 kali sehari sahaja. Waktu yang lain biarkan dia lapar dan bagi nasi pada waktu itu. Sofia tak buat pun. Rasanya mak mana yang sanggup buat begitu.

Jadi Sofia mula bagi Bella meal shakes. Alhamdulillah Bella memang takde masalah makan sehinggalah beberapa bulan lepas.

Bella demam tapi tak lama. Tapi sempat hilang selera makan. Badan pun mulai kurus. Meal shakes masih terus diberi kepada Bella.

Bella masih tak mahu makan dan hanya bergantung kepada susu sehinggalah bulan lepas.

Makan nasi dah boleh habis sepinggan. Tengah malam minta nak makan roti. Sepinggan spaghetti goreng pun mampu di habiskan.

Mungkin lambat effect meal shakes kepada Bella tetapi bila dah menjadi, Sofia terasa happy sangat. Harapan Sofia agar Bella akan terus makan dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.

kisah si anak meal shakes
Habis Sepinggan Spaghetti

 

cuit pulut
Kisah hari ini pula, Bella naik atas riba mama. Ingatkan nak bermanja tapi dengan perlahan Bella hulurkan tangan ke bawah tudung saji dan mula mencubit pulut yang ada dan masukkan ke dalam mulut kecilnya

 

Inilah kisah si anak meal shakes Sofia but just don’t take my word for it. Banyak lagi testimoni daripada ibu-ibu lain tentang meal shakes ini dan perubahan yang telah diberi kepada anak-anak mereka.

meal shakes

 

Testimoni Meal Shakes

 

kisah si anak meal shakes

 

kisah si anak meal shakes

 

kisah si anak meal shakes

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

 

9

 

10

 

11

kisah si anak meal shakes

 

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Meal Shakes Membantu Anak Sembelit

 

Berminat untuk mendapatkan Meal Shakes untuk anak anda?  Anda boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665.  Jangan segan untuk menghubungi Sofia.  Nanti Sofia share cara minum meal shakes mengikut peringkat umur anak ye.

 

Klik di sini untuk jadi ahli Shaklee https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873 

 

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di https://linktr.ee/tengkusofiasaziz

 

Continue Reading

Related Posts