Happy 2nd Birthday Bella

Salam semua.

Hari ini tiada entri tentang supplement. Hanya ada entri tentang anak kesayangan kami, Nik Nur Diana Isabella kerana hari ini hari jadinya yang ke dua. Dah dua tahun dah umurnya. Kadang-kadang bekas ceaser masih terasa sakitnya. Terasa macam baru semalam lahirkan dia. Cepat sangat masa berlalu. Tak lama nanti tentu dia dah nak ke sekolah, universiti dan berumah tangga. Oh, cepatnya!!!

Bella
Bella

 

Hari ni buat pertama kalinya, Bella pergi menonton kartun di panggung wayang. Tengok cerita Ribbit keluaran KRU Productions. Suasana yang gelap dan panggung yang kosong, dari awal lagi Bella dah ajak kami keluar dari panggung. Tapi bila Sofia tunjuk di skrin hadapan dan kata nanti kita tengok tv besar, Bella pun diam dan tunggu.

Apabila mula siaran iklan dalam panggung tersebut, Bella seolah-olah terpegun. Mata hanya di skrin hadapan sahaja. Tak kelip langsung tengok tv besar itu. Masa cerita bermula, Bella nampak betul-betul menghayati jalan cerita tersebut. Tapi semuanya hanya ok selama satu jam sahaja. Bella tak suka cerita seram. Kalau ada cerita Upin dan Ipin yang menakutkan pun dia tak nak tengok. Bagi Bella salah satu episod Upin dan Ipin yang mencari harta karun dalam hutan dah cukup menyeramkan. Bella memang tak suka tengok episod yang itu.

Itulah yang terjadi dengan kartun Ribbit ini. Salah satu adegan Ribbit hendak ditangkap oleh buaya dan kawannya pula nak kena makan dengan labah-labah. Bella dah tak boleh tahan takut. Bella menangis ajak keluar dari panggung tersebut. Mama terpaksalah ikut. Kesian tengok air mata bercucuran keluar. :'(

mama n bella
Mama dan Bella

Bila dah keluar dari panggung, otomatik air mata berhenti mengalir dan Bella terus tersenyum. Lepas tu, kami pergi shopping lah! 🙂

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Visited 1 times, 1 visit(s) today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *