Penyebab Gastrik dan Punca-punca Lain

Apa itu Gastrik?

 

istilah perubatannya, gastritis
sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. 
Continue Reading

Related Posts

Variasi resipi cara bancuh ESP

Cara Bancuh ESP

Ada yang bertanya pada Sofia. ESP tu sedap ke? Bancuh dengan apa?

Masa mula-mula Sofia minum dulu, Sofia akan katakan tak sedap sebab Sofia memang tak suka air soya. Tetapi setelah beberapa kali cuba (trial and error) sekarang boleh la kata ESP ni sedap! Antara cara bancuhan ESP –

1. ESP + Air suam

2. ESP + Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)

Continue Reading

Related Posts

Protein Dalam Diet Satu Keperluan?

Protein adalah nutrien penting yang terdapat dalam produk haiwan dan kekacang. Nama protein nama datang dari perkataan Yunani “protos” yang bermaksud “pertama.” Badan kita menggunakan protein dalam diet untuk membina sel-sel baru, mengekalkan tisu, dan mensintesis protein baru yang membolehkan kita melaksanakan fungsi asas badan.

 

Tubuh manusia adalah penuh dengan protein. Protein terdapat di dalam membran luaran dan dalaman setiap sel hidup. Berikut adalah antara tempat di mana protein berada di badan kita:

 

1. Rambut, kuku dan lapisan luar kulit kita diperbuat daripada keratin protein. Keratin adalah protein yang tahan enzim pencernaan. Contoh, kuku kita tidak dapat dicerna oleh badan kita jika kita menggigit kuku.

 

2. Tisu otot mengandungi myosin, actin, myoglobin, dan beberapa protein yang lain.

 

3. Tulang mempunyai banyak protein. Bahagian luar tulang keras dengan mineral seperti kalsium, tetapi struktur asas dalaman tulang adalah protein dan sum-sum tulang juga mengandungi protein.

 

4. Sel-sel darah merah mengandungi hemoglobin iaitu sebatian protein yang membawa oksigen ke seluruh badan. Plasma, mengandungi lemak dan protein zarah yang dikenali sebagai lipoprotein, yang membawa kolesterol keluar dari tubuh.

 

Protein memainkan peranan penting dalam penciptaan setiap sel baru dan setiap individu yang baru.

 

 

________________________________________________________________________________

Minuman protein Shaklee ialah ESP (Energising Soy Protein)

protein

Mengapa ESP?

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh kita.

 

Berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee? Anda boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665. 

 

Anda boleh juga beli sendiri di website Shaklee di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873

 

Jangan lupa untuk ikuti Sofia di

FB Personal : Tengku Sofia S Aziz
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram :kedaivitamingombakdanbatucaves

 

 

Continue Reading

Related Posts

Promosi Bulan Januari 2014 – Alfalfa Complex (Large and Small)

Salam semua!
Dah hari ke lapan dah kita di bulan Januari ini. Sofia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014. Semoga kita sama-sama dapat merealisasikan azam tahun baru kita ye.
Di sini Sofia nak memperkenalkan promosi Shaklee untuk bulan ini iaitu Alfalfa Complex. Alfalfa Complex Shaklee dating dalam dua pakej iaitu botol kecil (mengandungi 330 biji) dan botol besar (mengandungi 700 biji).

Apakah Khasiat Alfalfa?

Untuk merawat simptom:

Bengkak
Sakit sendi
Arthritis
Ulser
Penyakit perut
Masalah kolon
Sakit ulu hati
Hernia
Sembab air
Tiada selera makan
Bengkak buku lali / kaki
Sinus / Alahan
Hayfever
Gout
Badan / kaki / nafas berbau
Detoksifikasi

Apakah Ciri-ciri Alfalfa?

Antihistamin
Diuretik
Membantu penghadaman
Kaya dengan serat dan klorofil
Kaya dengan mineral
Baik untuk pesakit kencing manis
Merendahkan kolestrol
Anti-tumor
Anti-bakteria

VITAMIN yang ditemui dalam Alfalfa

Vitamin A
Untuk penglihatan
Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan
Menggalakkan pertumbuhan sel
Menggalakkan kulit yang sihat
Penting semasa kehamilan

Vitamin E
Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara
Kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot
Memperbaiki fungsi imun
Menguatkan otot di dalam badan
Membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah
Membantu fokus mata

Vitamin U
Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik

Vitamin B6
Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit
Membantu mengurangkan loya

Vitamin K
Penting bagi pembekuan darah
Penting dalam fungsi hati
Menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur

Vitamin D
Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa

Kalsium
Membina dan mengekalkan tulang dan gigi
Membantu darah membeku
Membantu dalam kecergasan dan daya tahan
Mengawal rentak jantung
Melegakan saraf

Zat Besi
Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
Membantu pengangkutan oksigen di dalam darah

Kalium
Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim
Pencernaan lemak

Fosforus
Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi
Saling berkait dengan tindakan kalsium dan vitamin D
Meningkatkan peranan tisu saraf

Klorin (klorida)
Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan
Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji

Sodium
Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan
Meneutralkan asid
Menghalang pembekuan darah
Mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut

Silikon Magnesium
Membantu badan untuk menangani sembelit
Ketahanan saraf
Melindungi kulit dan badan
Merangsang fungsi otak

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa

Kaya dengan protein
18.9% berbanding daging lembu
3.3% berbanding susu
13.1% berbanding telur
Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan
Membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!! Tidak semua alfalfa adalah sama

Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. Source
 
Jadi, dapatkan alfalfa yang terbaik hanya dari SHAKLEE!
 
 
Nak tahu lebih lanjut tentang alfalfa? Sila click di link ini https://sovitamin.com/search/label/Alfalfa
 
 
Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

Continue Reading

Related Posts

Spina Bifida dan Asid Folik

Apa itu Spina Bifida?

spina bifida

 

Spina bifida adalah sebahagian daripada kumpulan kecacatan kelahiran dipanggil kecacatan tiub neural. Tiub neural adalah struktur embrio yang akhirnya berkembang menjadi otak bayi dan saraf tunjang dan tisu yang mengelilingi mereka.

 

Biasanya tiub saraf terbentuk diawal kehamilan dan ditutup pada hari ke-28 selepas persenyawaan. Pada bayi dengan spina bifida, sebahagian daripada tiub neural gagal untuk terbentuk atau menutup dengan betul, menyebabkan kecacatan pada saraf tunjang dan tulang-tulang di tulang belakang.

 

Pencegahan Spina Bifida

Asid folik yang diambil dalam bentuk supplemen sekurang-kurangnya satu bulan sebelum konsepsi dan semasa trimester pertama kehamilan banyak mengurangkan risiko spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural.
 
Ia adalah penting untuk mempunyai asid folik yang cukup dalam sistem anda pada minggu-minggu awal kehamilan untuk mencegah spina bifida. Oleh kerana ramai wanita tidak mengetahui bahawa mereka sedang hamil pada masa awal kehamilan, pakar-pakar mengesyorkan bahawa semua wanita dalam usia yang boleh melahirkan anak mengambil makanan tambahan harian sebanyak 400 mikrogram (mcg) asid folik. Terdapat beberapa makanan termasuk roti, pasta, nasi dan sarapan bijirin yang diperkaya dengan 400 mcg asid folik bagi setiap hidangan. Asid folik disenaraikan di pakej makanan sebagai folat.
 
Jika anda sedang aktif mencuba untuk hamil, pakar kehamilan paling percaya penambahan sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik sehari adalah pendekatan yang terbaik untuk wanita yang sedang merancang kehamilan. Badan manusia tidak menyerap folat semudah ia menyerap asid folik sintetik dan kebanyakan orang tidak mendapat jumlah yang disyorkan folat melalui pemakanan sahaja, jadi vitamin tambahan adalah perlu untuk menghalang spina bifida. (Source – http://www.mayoclinic.com/health/spina-bifida)
 
 

B-Complex

 

Perbezaan Shaklee

 
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini adalah kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah di serap tubuh dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.
 
B-Complex Shaklee mengandungi lapan (8) komponen penting vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

————————————————–

Hendak mendapatkan B-Complex Shaklee? Anda boleh membuat pesanan di sini

esell-shaklee-logo

ATAU boleh juga mengubungi Sofia seperti biasa untuk konsultansi dan order.

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk Info & Order:
 
Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Continue Reading

Related Posts

1 9 10 11