Set Mighty 3 gems Shaklee iaitu gabungan ESP + Meal shakes + Performance drink.
Rasanya seperti air susu berperisa oren. Sekejap je dah habis satu shaker. ?
Masa bancuh tadi kena sorok daripada Bella sebab meal shakes tu dia punya. Orang lain tak boleh minum. ??
Set Mighty 3 Gems Shaklee ni mengenyangkan. Selalunya dibancuh untuk menahan lapar semasa berpuasa. Sofia pula bancuh sebab nak gantikan makanan tengahari. Hehe nak diet laa kononnya. Set ini memastikan badan kita masih mendapat keperluan nutrisi yang kita perlukan dan juga berikan kita tenaga dan kekal terhidrat.
Set Mighty 3 Gems Shaklee ini terdiri daripada 3 produk Shaklee. Bagaimana cara membancuhnya? Sofia bancuh begini:
Air sejuk 250ml
2 sudu besar ESP
2 sudu besar meal shakes
2 sudu besar performance drink
Susu segar (optionally). Bila tambah susu segar ni, rasanya akan lebih sedap lagi sebenarnya.
Kacau atau shake sehingga sebati dan minum.
Set ini juga sesuai sebagai pengganti sarapan pagi tau. Untuk mereka yang selalu tak sempat nak makan, bila dah sampai kat ofis, perut dah mula rasa nak kena gastrik. Jadi berhati-hati. Minum je Set Mighty 3 Gems Shaklee ini sebagai alternatif.
Info bahan dalam Set Mighty 3 Gems Shaklee
ESP
Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Performance Drink
Merupakan sejenis minuman isotonik daripada Shaklee. Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nak cuba buat minuman Set Mighty 3 Gems Shaklee ini?
Kenalah dapatkan ESP, meal shakes dan performance drink dahulu. Boleh hubungi Sofia atau boleh juga order di sini dengan debit/credit card.
Masa Sofia bekerja dulu selalu tak sempat nak bersarapan di rumah. Jam 6.30 pagi dah keluar rumah. Tekak pun masih belum nak terima makanan lagi, apatah lagi nak menyiapkannya hehe
Eh, melalut la pulak. Sebenarnya, Sofia nak cerita sarapan pagi Sofia dan Bella hari ini.
Bangun pagi tadi bancuh ESP + milo untuk mama dan susu + meal shakes untuk Bella.
Susu + meal shakes tak sempat masuk gambar. Bella dah minum dulu. Hehehe
Selesai breakfast kami pagi ni. Sekejap je nak sediakan. Nutrisi pun cukup untuk memulakan tugas harian.
Siapa yang masih mencari multi vitamin untuk anak-anak?
Ni Bella nak tunjuk Bella punya favourite – Meal Shakes!
Bella mula minum meal shakes dari umur setahun lagi.
Bagaimana meal shakes bantu Bella?
1. Meal shakes tambah selera makan Bella. Daripada susah nak makan jadi senang nak makan.
2. Meal shakes bagi Bella senang membuang setiap hari. Dah tak sembelit. Tak lagi susah kena teran kuat-kuat sebab tahi yang keras. Meal shakes mengandungi fiber yang membantu melembutkan tahi.
3. Meal shakes mengandungi vitamin dan mineral jadi mama tak risau jika Bella tak dapat cukup nutrisi daripada makanan.
“Bulan lepas, kami 3 orang (saya dan 2 orang anak saya) kena chicken pox. Bayangkan makyong yang dah dewasa ni, pregnant lagi tu kena chicken pox. Pastu nak kena jaga si kecik dua orang yang turut kena chicken pox, seksa woo.
Tapi yang paling seksa ialah bila mengenangkan parut-parut yang bakal menyinggah, runsing sangat-sangat.
Alhamdulillah bulan ni promo ESP & Vita C, makyong terus ambil peluang ni utk consistent minum ESP dan ambil Vita C megadose.
Hasilnya dah boleh nampak parut-parut chicken pox dah mula pudar. I know it will take time, tapi slowly saya yakin dia akan hilang sebab sel-sel kulit baru dah tumbuh dengan baik dengan pengambilan protein dan vitamin berkualiti.
Parut chicken pox Elea dan Eidlan memang dah tak nampak dah, al-maklumlah kulit budak-budak ni lagi senang nak hilang parut. Saya memang consistent bagi diorang Meal Shakes dan Chewable Vita C. Sambil-sambil diorang duk teguk ESP mama setiap hari.” – Puan Jacky Bass