Botox Or Collagen Powder

BOTOX OR COLLAGEN POWDER

Persoalan hari ini…

 

Perlukah anda kepada botox untuk cantik? Cucuk sana sini…. tak takut ke?

 

Kalau Sofia, saya lebih prefer Collagen Powder kerana kita hanya perlu konsisten meminumnya setiap hari dan beratus ujian klinikal telah dibuat ke atasnya jadi ialah adalah cara yang lebih selamat, berkesan dan semula jadi.

 

Anda hendak yang mana?

 

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Collagen Powder Shaklee —> Info Collagen Powder

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Program Shaklee Untuk 2000 Keluarga

Program Shaklee untuk 2000 keluarga di Malaysia

program shaklee 2000 rumah

 

Dengan setiap pembelian set Meal Shakes Beli 3 Percuma 1, 10% daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada 2000 rumah kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

 

Jom kita ambil calculator sekejap.

 

1. Berapa harga satu set Meal Shakes?
Harga sebotol meal shakes ialah RM113.75. Jadi satu set bernilai RM341.25.

 

2. Berapakah nilai sebotol meal shakes yang percuma tu?
RM113.75

 

3. Jadi berapa botol meal shakes yang anda akan dapat?
4 botol meal shakes.

 

4. Harga boleh kurang lagi tak?
Diskaun 20% hanya untuk ahli Shaklee sahaja. Kalau nak yang ini boleh contact Sofia ye. Sofia akan bantu anda untuk menjadi ahli Shaklee dan seterusnya membeli set ini dengan harga ahli.

 

Selama ni kita beli meal shakes semata-mata untuk kesihatan anak kita sahaja. Jom kita bersama-sama membantu untuk kanak-kanak di luar sana pula.

 

Untuk Info & Order:

 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Happy 2nd Birthday Bella

Salam semua.

Hari ini tiada entri tentang supplement. Hanya ada entri tentang anak kesayangan kami, Nik Nur Diana Isabella kerana hari ini hari jadinya yang ke dua. Dah dua tahun dah umurnya. Kadang-kadang bekas ceaser masih terasa sakitnya. Terasa macam baru semalam lahirkan dia. Cepat sangat masa berlalu. Tak lama nanti tentu dia dah nak ke sekolah, universiti dan berumah tangga. Oh, cepatnya!!!

Bella
Bella

 

Hari ni buat pertama kalinya, Bella pergi menonton kartun di panggung wayang. Tengok cerita Ribbit keluaran KRU Productions. Suasana yang gelap dan panggung yang kosong, dari awal lagi Bella dah ajak kami keluar dari panggung. Tapi bila Sofia tunjuk di skrin hadapan dan kata nanti kita tengok tv besar, Bella pun diam dan tunggu.

Apabila mula siaran iklan dalam panggung tersebut, Bella seolah-olah terpegun. Mata hanya di skrin hadapan sahaja. Tak kelip langsung tengok tv besar itu. Masa cerita bermula, Bella nampak betul-betul menghayati jalan cerita tersebut. Tapi semuanya hanya ok selama satu jam sahaja. Bella tak suka cerita seram. Kalau ada cerita Upin dan Ipin yang menakutkan pun dia tak nak tengok. Bagi Bella salah satu episod Upin dan Ipin yang mencari harta karun dalam hutan dah cukup menyeramkan. Bella memang tak suka tengok episod yang itu.

Itulah yang terjadi dengan kartun Ribbit ini. Salah satu adegan Ribbit hendak ditangkap oleh buaya dan kawannya pula nak kena makan dengan labah-labah. Bella dah tak boleh tahan takut. Bella menangis ajak keluar dari panggung tersebut. Mama terpaksalah ikut. Kesian tengok air mata bercucuran keluar. :'(

mama n bella
Mama dan Bella

Bila dah keluar dari panggung, otomatik air mata berhenti mengalir dan Bella terus tersenyum. Lepas tu, kami pergi shopping lah! 🙂

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Nak Kurus Tapi Mengandung – Testimoni

Nak Kurus Tapi Mengandung!

Kali ni Sofia nak kongsi tentang customer Sofia yang mengambil set kurus Shaklee.

Asalnya hendak mengambil set kurus dan set kesuburan tetapi bertindak mengambil set kurus sahaja dahulu kerana kekurangan budget.

Dia mencuba herb-lax, alfalfa dan lecithin. Baru dua minggu makan, terus turun 2 kg! Tapi dia turun tu dengan usaha juga. Katanya dia juga jaga pemakanan – berhenti makan nasi, kafein dan minuman bergas. Setelah melihat hasil dalam masa dua minggu, barulah dia mencuba ESP.

 

nak kurus tapi mengandung

Dua bulan kemudian dia menghubungi Sofia dan memberitahu dia sudahpun mengandung! Memang itupun hajat sebenarnya. Turunkan berat badan dahulu kemudian mengandung.

 

nak kurus tapi mengandung

Tetapi dia tak ambil set mengandung pun. Masih makan set kurus juga. Dia pun pelik. Jadi Sofia beritahu ESP dan alfalfa yang dimakannya untuk kurus pun membantu untuk kesuburan juga. ESP dan alfalfa ada dalam set kesuburan.

 

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts

Kolagen – Bolehkah Hidup Tanpanya

Kolagen

Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam mamalia. Ia menyumbang kira-kira 30% kandungan protin dalam badan manusia. Ia sering dianggap sebagai “gam yang memegang badan bersama-sama”.

 

Kolagen terdapat dalam tisu berserat seperti kulit, ligamen dan tendon, serta dalam tulang, saluran darah, kornea mata dan di dalam usus.

 

Kolagen adalah penting untuk menguatkan salur darah dan memberi keanjalan dan kekuatan kulit. Kekurangan kolagen menyebabkan kedut dan masalah kulit yang lain. Oleh itu, kolagen adalah salah satu makanan tambahan yang paling popular di kalangan warga tua – kerana ciri-ciri penyembuhannya.

Ciri-ciri Kolagen

 

Kolagen mempunyai kekuatan tegangan yang sangat baik. Ia adalah salah satu protin struktur berserabut panjang yang memberikan stuktur sel dari luar dan juga menyokong kebanyakan tisu badan.

Collagen's triple helix structure
Collagen’s triple helix structure

 

Sebagai asid amino, kolagen diperbuat daripada amina (-NH2) dan asid karboksilik (-COOH) kumpulan berfungsi. Unsur-unsur utama kolagen adalah hidrogen, oksigen, nitrogen dan karbon.

 

Kolagen mengandungi tiga segmen struktur  heliks terkandas (stranded triple helix structure) yang sama. Kelimpahan yang jarang berlaku daripada tiga asid amino glycine, proline dan hydroxyproline memberi kolagen struktur tiga heliksnya.

 

Komposisi kolagen dianggap unik memandangkan kandungan hydroxyproline yang tinggi.

 

Fungsi Kolagen

 

Terdapat lebih daripada 28 jenis kolagen. Kolagen serat memberikan kekuatan dan struktur kepada banyak bahagian yang berlainan dalam badan. Ia merupakan salah satu komponen utama matriks extracellular yang merupakan ciri penentu dalam tisu penghubung pada manusia.

 

Kolagen adalah perlu untuk memelihara keremajaan kulit dan melemahkan kedutan, penting untuk keanjalan tisu perantara kulit, yang membolehkan ia mengembang tanpa merosakkan tisu-tisu.

 

Kolagen dan Usia Tua

 

Apabila kita semakin tua, pengeluaran kolagen mula perlahan dan struktur sel mula kehilangan kekuatannya.

 

Hasilnya kulit mula menjadi rapuh, kurang elastik dan kedutan terjadi. Di samping itu, rambut mula kehilangan warna, sendi kehilangan fleksibiliti dan kualiti tulang mula merosot.

Pengeluaran kolagen mula lambat dan kedutan mula terjadi apabila usia meningkat.
Pengeluaran kolagen mula lambat dan kedutan mula terjadi apabila usia meningkat.

 

Sumber: http://www.medicalnewstoday.com/articles/262881.php

 

Berminat untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder?

Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan hanya dalam masa 8 minggu!

 

terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu
Terbukti berkesan hanya dalam 8 minggu

 

Hubungi kami hari ini!

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts