Happy 3rd Birthday My Little Isabella

Hari ini 4 September 2015.

 

3 tahun yang lalu pada masa ini Sofia masih di Labour Room, KPJ Tawakkal Specialist Hospital.

 

Beberapa jam di Labour Room, terpaksa dikejarkan ke Operation Theatre kerana anak dalam kandungan ini tak nak keluar dari kandungan ibunya melalui cara biasa.

 

Tangisan pertama yang Sofia dengar darinya, Sofia pun turut menangis sama. Tangisan bahagia seorang ibu. Seronok tak terkata.

 

Terima kasih Allah kerana rezekiMu ini. Terima kasih mama kerana melahirkan Sofia. Itu ucapan pertama Sofia kepada mak Sofia selepas melahirkan Bella.

 

Mama sayangkan Bella. Semoga Bella membesar menjadi seorang anak yang solehah dan seorang yang turut perintah Allah.

 

Mama jaga Bella. Semoga bila tiba waktunya, Bella juga menjaga mama dengan penuh rasa kasih dan sayang.

 

I love you Nik Nur Diana Isabella.

shaklee gombak

Continue Reading

Related Posts