Cabut Gigi Ketika Berpantang

Cabut Gigi Ketika Berpantang

 

Boleh ke cabut gigi ketika berpantang?  Biasanya ibu-ibu berpantang akan disuruh agar tunggu selepas habis berpantang baru berjumpa doktor gigi untuk cabut gigi.

Continue Reading

Related Posts

Sakit Tapak Kaki Semasa Berpantang

Sakit Tapak Kaki Semasa Berpantang

Testimoni

 

Assalamualaikum,

Saya Nor Hawana Mohd Tahir, berusia 33 tahun. Kisah Saya bermula dengan OSTEMATRIX Shaklee. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..dah cinta terus tangkap sayang.

Begitulah ibaratnya kisah Saya bersama Shaklee. Hanya membaca testimoni seorang Doktor yang mengamalkan OSTEMATRIX Shaklee untuk masalah sendi, hati terus terpaut.

Sebenarnya Saya mengalami masalah tapak kaki yang boleh dikatakan kronik juga semasa berpantang anak kedua. Setiap kali bangun pagi, mesti sakit terincut-incut bila nak berjalan pijak lantai. Saya beranggapan mungkin kesan daripada proses berpantang anak kedua.

Kekurangan kalsium barangkali. Jujurnya sewaktu proses kehamilan anak kedua Saya memang culas minum susu. Situasi ini berulang hampir setiap hari. Secara tak langsung ia sangat mengganggu aktiviti harian Saya. Apa yang boleh Saya gambarkan saat itu ialah seperti berjalan diatas bara api.

Saya sebenarnya cukup takut nak mencuba sebarangan supplemen ni. Tapi disebabkan tapak kaki yang terlalu sakit dan hasil kajian Saya ke atas setiap testimoni yang SID kongsikan di facebook dan google… akhirnya Saya tawakkal beranikan berjumpa dengan senior Sekolah menengah Saya iaitu Puan Hartini Badri seorang SID berjaya.

Tanpa fikir panjang saya terus jadi ahli dengan membeli OSTEMATRIX dan MEAL SHAKES. Ketika itu Mealshakes ada promosi jadi saya belikan untuk anak sulong yang mengalami masalah berat badan dan kurang selera makan.

Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan OSTEMATRIX selama dua bulan..tapak kaki Saya dah tak sakit lagi. Saya dapat bangun tidur dengan gembira tanpa risau untuk memijak lantai. Syukur sangat!!sehingga ke hari ini, kalau tertinggal nak telan OSTEMATRIX pun kaki Saya takkan rasa sakit yang berlarutan. Benarlah bagai dikata, vitamin bukan ubat…sebaliknya ia adalah pelengkap nutrisi seharian.

Sedikit demi sedikit makin bertambah produk Shaklee yang Saya cuba antaranya ESP dan Vitamin C 500mg. Bukan sahaja Saya yang mendapat kesan terbaik dari pengambilan supplimen Shaklee, tetapi anak kedua Saya yang berusia 2 tahun 8 bulan pun turut terkena tempias vitamin yang Saya ambil melalui susu badan.

Berat badannya akan naik setiap kali temujanji di Klinik. Graf BMI pun cantik kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dahulu. Dan yang paling ketara warna kulitnya semakin cerah berbeza sewaktu kelahirannya. Syukur sangat.

Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee.

Benda baik tak elok didiamkan, jadi buat korang yang mengalami situasi macam Saya, masih tercari-cari produk apa nak makan, produk apa nak amal..Nah Korang patut cuba vitamin dari Shaklee. Serius…kesannya sangat luar biasa. Cuba tau.. Sekian..

I Love Shaklee 🙂

Sakit Tapak Kaki Semasa Berpantang

 

Kredit : Wana Mohd Tahir

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Bentan

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

 

Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

 

bentan

 

Tanda dan sebab bentan:

*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

 

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

 

Jenis bentan:

  1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

 

  1. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

 

  1. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

 

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

 

  1. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

  1. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  1. Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

 

Sumber

 

Anda sedang mencari set berpantang? Klik sini untuk Set Bersalin Shaklee.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

× Hubungi kami