Hari ini Sofia telah mendapat mesej di whatsapp group #TeamMAGNIFICENT (salah satu whatsapp group yang mengumpulkan semua ahli berdaftar di bawah Sofia). Seorang ahli berdaftar bernama Raja Noorwati telah berkongsi pengalaman Covid 19 yang dialami oleh keluarganya.
Sofia telah mendapat keizinannya untuk berkongsi di sini. Mana tahu dapat membantu orang lain pula.
Puasa. Biasanya memang terasa dahaga. Letih tak bermaya. Tapi tidak jika semasa bersahur sempat minum Performance Drink. Bagi Sofia, performance drink penting diamalkan semasa berpuasa.
Manfaat Performance Drink
Performance Drink ataupun Performance daripada Shaklee merupakan minuman dengan OPTI-LYTE™, campuran elektrolit proprietari ditambah campuran unik karbohidrat. Ia memberi tenaga segera dan berterusan dan menyokong penghidratan optimum. Performance Drink didatangkan dengan 2 perasa iaitu Oren dan Lemon-lime yang enak.
5 Tips Puasa Untuk Ibu Menyusu | Letih sebenarnya menjadi ibu menyusu ni. Lebih letih lagi jika terpaksa menyusu dalam keadaan berpuasa. Sofia pun pernah melalui keadaan ini juga 6 tahun yang lalu. Di sini Sofia kongsikan beberapa tips berpuasa untuk ibu menyusu.
Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.
Punca Bengkak Susu
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas .
Clogged ducts
Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
4) Jangkitan yis
5) Stress
6) Tak cukup tidur
7) Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.
Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?
1) Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.
2) Cuba variasikan posisi penyusuan
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.
3) Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.
4) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.
5) Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.
6) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.