Sahur Sihat Untuk Puasa: Cara Kekal Kenyang, Bertenaga dan Tak Mudah Lapar
Ramai orang pasang niat yang sama setiap kali masuk bulan puasa. Semestinya kita nak puasa penuh, nak lebih fokus pada ibadah dan nak kurangkan mengeluh letih dan lapar tetapi realitinya, biasanya tak sampai tengah hari pun badan dah mula rasa lesu, kepala berat, perut berkeroncong, emosi pun mudah terganggu.
Pernah tak anda tertanya-tanya:
“Kenapa puasa terasa makin mencabar, sedangkan dulu rasa okay saja?”
Jawapannya selalunya bermula daripada satu perkara yang nampak kecil, tetapi sangat besar kesannya iaitu SAHUR.




