Ujian Telur
Pagi ni Sofia nak kongsikan cara bagaimana nak tentukan telur masih segar atau sudah busuk dengan membuat ujian telur.
Kalau diikutkan tarikh luput pada sarang telur tu ialah 17 Julai 2017. Dah lebih 10 hari. Nak buang sayang. Nak masak takut dah busuk. Jadi Sofia cubalah buat ujian telur yang ringkas ni.
Senang sangat. Mulakan ujian telur dengan memasukkan telur ke dalam bekas berisi air sejuk dan lihat kedudukan telur tersebut.
1.Sangat Segar – Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
2. Berusia Seminggu -Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit
3. Berusia 3 minggu – Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
4. Telur Busuk – Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air jadi janganlah pergi makan pulak.
Tamat sudah ujian telur kita pagi ini. Mudah bukan?
Tahukah anda telur juga adalah sumber protein? Protein amat diperlukan oleh sel-sel badan kita. Jom baca lebih lanjut tentang protein di sini —> https://sovitamin.com/protein-dalam-diet-satu-keperluan/
Sofia tak jual telur tapi Sofia jual produk kesihatan jenama Shaklee. 😀
Untuk Info Dan Order :
Tengku Sofia SabrinaShaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves FB Page: Pengedar Shaklee Gombak 012-3390665 FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi Instagram : cantik.sihat.menawan Instagram : hamil.berpantang.menyusu Instagram : shakleebysofia
2 Comments
Tq kak pia..best info ni..
Saya tak pernah uji telur.. ?
Lepas ni boleh uji..
Tq kak pia. Info yang bagus. Kami tak pernah test pun. Hehe