Testimoni – Kurus Dengan Shaklee

Kurus Dengan Shaklee

Selamat pagi semua! Di sini ada testimoni-testimoni pengguna Shaklee yang berjaya turunkan berat badan. Rata-rata mereke mengamalkan ESP, Alfalfa, Herb-lax, Lecithin dan OmegaGuard.
 
Walau bagaimanapun, senaman dan pengawalan pemakanan juga perlu untuk mendapatkan berat yang anda inginkan.
kurus dengan shaklee

 

turun 12kg

 

turun 30kg
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Vitamin E Eczema – Kulit Licin dan Tidak Berkuping

Vitamin E Eczema – Kulit Licin dan Tidak Berkuping

vitamin e eczema

Anak teruna saya ni ada eczema. Tiap malam konfem menggaru. Ngeri sebab most of the time berdarah-darah. Dan hero sorang ni rajin sangat cabut kuping-kuping kulit kering dan akhirnya kulit luka lagi. So setiap hari kulit luka.

Selama ni bagi Zahin nutriferon dan Chewable Vita C 2-3 kali seminggu. Kalau luka bubuh gel gamat. Kalau kering sapu Herbal Blend, dan kadang-kadang mandikan dia dengan Basic-H2 kalau berair. Alhamdulillah kulit cepat recover tapi cepat kering juga.

Sehinggalah seminggu lepas try letak Vita E kat eczema dia ni. Syukur hari ni dah nampak licin kulitnya dan tak berkuping. Sebelum ni tak pernah letak sebab mana lah tahu jadi lebih gatal. Tetapi Alhamdulillah tidak.

Gambar kiri tu sebelum mula sapu Vita E. Nampak kering di pipi dan cuping telinga kan? Belah kanan setelah seminggu sapu Vita E. Walaupun ada merah sikit lagi tapi dah licin 🙂

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Bahaya. Jangan Abaikan Jika Baru Bersalin

Bahaya! Jangan Abaikan Jika Baru Bersalin

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera
 
Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah:
 
– Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba (mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam). Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera.
 
– Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda praeklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.
 
– Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
 
– Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).
 
– Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital.
 
– Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
 
– Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
 
– Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.
 
– Demam yang sangat panas (38 darjah C / 100 darjah F atau lebih)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
 
– Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.

 

Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

 

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:
 
– Rembesan faraj yang berbau busuk
Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj.
 
– Perut yang sakit
Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum.
 
– Buasir yang teruk atau bengkak
Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan.
– Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.
 
– Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk. Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda.
 
– Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.
 
Untuk dapatkan set pantang secara moden,  click Set Bersalin Shaklee.

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
FB Page: Its All About The Vits
FB Page: Berpantang dan Menyusu Bersama Supplement Semulajadi
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Panduan Berpantang

Panduan Berpantang

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua. Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden. Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

 
 
Cara Berpantang Masyarakat Melayu :
 
  • Urutan – bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.
  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.
  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.
  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.
  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.
  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.
  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.
 
panduan berpantang
 
                                                                        Param

 

Elakkan :

 
  • Keluar rumah
  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan
  • Makan dan minum berlebihan
  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit
  • Terdedah kepada cuaca sejuk
 

Source : http://pmr.penerangan.gov.my

Banyak pantang larangnya kan? Tapi tak salah kalau kita ikut saja. Untuk dapatkan set pantang secara moden, boleh click Set Berpantang Shaklee. 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves
FB Page: Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves
Instagram : cantik.sihat.menawan
Continue Reading

Related Posts

Kenapa Nak Jadi Ahli Shaklee???

Alhamdulillah semalam dapat menaja seorang lagi ahli Shaklee. Ini menjadikan anak buah dalam susur galur saya seramai 7 orang. Bolehlah saya update details Shaklee Agents nanti 🙂
 
Apa keistimewaan menjadi ahli? Yang paling diketahui ramai, setelah mendaftar sebagai ahli Shaklee, bolehlah kita terus membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga runcit
 
Seterusnya, apa keistimewaannya???

Pelan Jualan Menarik Shaklee

 

Peluang Jana Pendapatan di Shaklee

Program Ganjaran Tunai

Bonus Kumpulan Peribadi (21%)

Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan seseorang bilamana seseorang menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan. Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.

Bonus Kepimpinan (21%) (sehingga 6 paras ke atas)

Seseorang layak menerima Bonus Kepimpinan apabila dia melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasinya (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.
Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.

Insentif Coordinator (sehingga 1.5%)

Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.

 

Program Kereta

Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan.

Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum.

Program Konvensyen/Insentif

Sebaik sahaja seseorang mencapai pangkat Supervisor, dia telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun.

Berminat nak join Shaklee juga? Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

 

Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID – 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan Batu Caves

Continue Reading

Related Posts