DHA untuk Bayi | Badan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA perlu diambil sehari untuk sepanjang tempoh kehamilan bagi menyokong kesihatan anda dan perkembangan bayi dalam kandungan anda.
DHA (docosahexaenoic acid) dikenali sebagai Structural fatty acid kerana ia menjadi satu blok utama untuk perkembangan seluruh badan terutama di otak dan retina mata. Malah, pakar-pakar mengesyorkan bahawa wanita hamil dan menyusu perlu mengambil 100 – 200mg tambahan DHA setiap hari. AA (arachidonic acid) sejenis asid lemak Omega-6, juga merupakan asid lemak yang penting dalam otak.
Khasiat DHA Kepada Bayi
-
- Pertumbuhan Otak: DHA adalah komponen penting dalam pembentukan otak bayi, membantu perkembangan fungsi kognitif dan kecerdasan.
- Penglihatan: DHA turut berkaitan dengan perkembangan mata, membantu meningkatkan fungsi retina dan ketajaman penglihatan bayi.
- Sistem Saraf Pusat: DHA menyokong pembentukan dan fungsi sistem saraf pusat, penting untuk perkembangan koordinasi motor dan kemampuan belajar.
- Kecerdasan Kognitif: Pengambilan DHA telah dikaitkan dengan peningkatan kecerdasan kognitif bayi, yang dapat mempengaruhi perkembangan kemampuan berfikir dan menyelesaikan masalah.
- Sistem Imun: DHA juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh bayi, membantu melindungi mereka dari penyakit dan jangkitan.
- Pembentukan Sel Otak: DHA membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan sel otak, memberikan asas yang kuat untuk perkembangan otak yang optimum.
- Kesihatan Jantung: Beberapa kajian menunjukkan bahawa DHA dapat memberikan manfaat bagi kesihatan jantung, walaupun di peringkat awal kehidupan.
- Mengurangkan Risiko Gangguan Perkembangan: Pengambilan DHA yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko gangguan perkembangan bayi.
- Perkembangan Emosi dan Sosial: DHA juga dapat memainkan peranan dalam perkembangan emosi dan sosial bayi.
Susu ibu adalah makanan yang sempurna untuk bayi yang mengandungi semua kebaikan yang mereka perlukan serta mengandungi antibodi anda untuk melindungi bayi daripada jangkitan.
Tetapi adakah anda tahu bahawa anda boleh mengubah jumlah susu badan anda mengikut apa yang anda makan? Anda sebenarnya boleh membuatkan susu badan lebih kaya dan lebih berkhasiat untuk bayi melalui pemakanan anda. Susu ibu mengandungi nutrien penting untuk bayi anda termasuk Omega-3 tetapi jika anda tidak mendapatkannya dengan cukup melalui pemakanan, anda tidak akan dapat untuk menyalurkan nutrien penting ini kepada bayi anda.
Walaupun susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi anda, anda sebenarnya boleh memperbaikinya dengan memastikan anda memakan makanan yang betul. Kajian telah menunjukkan bahawa penambahan khasiat dengan DHA membantu meningkatkan tahap DHA dalam susu ibu. Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang diperkaya dengan Omega-3 seperti ikan salmon, tuna dan sardin

Shaklee juga ada menawarkan Set Hamil khas untuk ibu-ibu hamil agar mudah mereka mendapatkan nutrisi secukupnya sepanjang kehamilan. SET HAMIL SHAKLEE
Jika berminat untuk mendapatkan Omega Guard atau mana-mana produk Shaklee boleh klik ikon Whatsapp di sebelah kiri bawah blog ini atau hubungi Sofia di 012-3390665.
Boleh juga klik di sini untuk daftar sendiri sebagai ahli Shaklee https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=905873
Jangan lupa untuk ikuti Sofia di https://linktr.ee/tengkusofiasaziz
p/s : Anda terasa terkesan dengan keadaan ekonomi masa kini? Jom mulakan perniagaan Shaklee secara part time bersama saya. Uruskan kewangan anda hari ini! KLIK SINI
5 Comments
sangat suka omega guard! anak-anak pin bijak. ?
Minyak ikan brand ni Amalan ibu hamil n ibu berpabtang yg super good??
Ikhtiar kita untuk anak-anak membesar dengan bijak dan sihat. InshaAllah.