Ayah gemar minum ESP sebagai sarapan pagi. ESP dapat berikan dia tenaga sepanjang hari. Ayah Sofia berusia 65 tahun dan masih bekerja.
Adik Sofia menguruskan perniagaannya membawa pelancong ke Korea. Ostematrix banyak mengurangkan lenguh-lenguh kakinya apabila banyak berjalan di negara orang. Ikuti adik Sofia di Facebook dan Instagram.
Sofia suka makan Vitamin C even before Sofia kenal Shaklee lagi. Vitamin C menguatkan sistem imun Sofia. Kalau tak makan Vitamin C, selesema memanjang. Vitamin C juga memastikan kulit kekal sihat dan cantik.
Anak Sofia, Bella minum meal shakes sejak berumur setahun. Alhamdulillah Bella jarang sakit dan sihat selalu.
Ternyata Shaklee adalah untuk seisi keluarga. 🙂
Hubungi Sofia untuk mendapatkan produk Shaklee anda hari ini.
3 tahun yang lalu pada masa ini Sofia masih di Labour Room, KPJ Tawakkal Specialist Hospital.
Beberapa jam di Labour Room, terpaksa dikejarkan ke Operation Theatre kerana anak dalam kandungan ini tak nak keluar dari kandungan ibunya melalui cara biasa.
Tangisan pertama yang Sofia dengar darinya, Sofia pun turut menangis sama. Tangisan bahagia seorang ibu. Seronok tak terkata.
Terima kasih Allah kerana rezekiMu ini. Terima kasih mama kerana melahirkan Sofia. Itu ucapan pertama Sofia kepada mak Sofia selepas melahirkan Bella.
Mama sayangkan Bella. Semoga Bella membesar menjadi seorang anak yang solehah dan seorang yang turut perintah Allah.
Mama jaga Bella. Semoga bila tiba waktunya, Bella juga menjaga mama dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Makanan kegemaran anak Sofia, Bella ialah ayam. Bagi je la ayam masak apa. Dia akan makan. Yang dia paling suka ialah ayam goreng.
Kalau dapat ayam goreng, mesti licin.
Tengok tu… licin!Mungkin sebab semasa mengandungkan Bella Sofia memang suka makan ayam goreng terutama KFC, sekarang dah jadi kegemaran Bella pula.
Tapi tak elok juga kalau selalu sangat makan ayam goreng nih. Nasib baik makcik Bella (adik Sofia) ada terjumpa resipi ayam bakar rangup ni di facebook. Ianya di bakar dalam oven tapi rasanya sebijik macam ayam goreng. Dan yang paling best tu, Bella suka! Jadi takde la setiap hari bagi Bella makan ayam goreng. Sofia namakan ini Ayam Bakar Rangup. Sebab apa? Sebab ianya dibakar dan sangat rangup hehehe
Ayam Bakar Rangup
Ayam Bakar Rangup
Resipinya di sini:
Bahan-bahan
– 2 keping isi ayam bahagian dada tanpa tulang dan kulit. Letakkan sedikit garam dan lada hitam ke atas ayam dan tinggalkan sebentar.
– pecahkan 2 biji telur ayam di dalam mangkuk. Letakkan 1 sudu besar minyak zaitun.
– di dalam mangkuk berlainan pula, hancurkan 3 hingga 4 cawan cornflakes dan masukkan 1 sudu besar daun ketumbar bersama 1/2 sudu kecil garam. Gaulkan.
– di dalam mangkuk berlainan, masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
Cara-cara menyediakan
– Ambil ayam dan salutkan dengan tepung gandum, kemudian salutkan dengan telur dan salutkan bersama cornflakes.
– Aturkan di atas dulang. Jangan lupa untuk melapik dulang dengan kertas minyak.
– Masak di dalam ketuhar oven selama 15 minit yang telah dipanaskan pada 200 darjah Celcius.
– Keluar dan terbalikkan ayam dan masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit juga. Ingat! Kepanasannya sama iaitu 200 darjah Celcius.
Beberapa hari yang lalu teringin nak gunakan Electric Grill yang telah dihadiahkan kepada kami semasa majlis perkahwinan kami hampir 4 tahun yang lalu. Seumur hidup Sofia tak pernah gunakan grill jadi rasa tak yakin tu ada. Tetapi kali ni keinginan tu lebih besar daripada perasaan tak yakin. Terasa lama tak makan ayam panggang. Lama tak makan steak. Nak cuba buat sendiri.
Ternampak jualan ayam yang telah diperap semasa kami ke Giant Batu Caves untuk membeli barangan dapur. Apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang…Sofia terus beli ayam tersebut dan nekad nak memanggang malam nanti.
Apa yang susah. Letak aje atas grill kan? Betul la senang aje hehehe. Setengah jam Sofia duk cuba pasangkan grill tersebut. Rupa-rupanya dia ada safety devise. Tak ikut, mana nak panas grill tu Sofia oooi. Tu laaa. Tak baca lagi. By this time perut dah berbunyi.
Bila dah pasang, baru la seronok. Ikut suka hati je letakkan ayam kat atas grill. Pastu balik balik kan ayam. Sampai la pada satu ketika api tiba-tiba naik. Menjerit macam satu rumah nak terbakar. Terus bagi suami yang settlekan. Takut Sofia tiba-tiba api menyala. Sofia ingat guna electric grill mana ada api. Jangan terkejut. Lemak pada kulit ayam akan membuatkan api marak. Lenkali bagi suami je yang uruskan kalau nak memanggang ni. Sofia tak nak buat dah. Nak tunggu makan aje hehehe.
Ayam disusun atas grill. Tunggu beberapa minit kemudian balik-balikkan.
Ayam panggang siap!
Haaaa akhirnya siap ayam panggang kami. Kami makan bersama kentang lenyek dan coleslaw. Kentang lenyek ni buat sendiri tau! Siap Google resipi kentang lenyek dan black pepper sauce. Coleslaw tu guna aje coleslaw dressing daripada Lady’s Choice. Terbaik!!! Gabungan ke tiga-tiga makanan di dalam pinggan tu memang sedap sekali. Dan yang paling Sofia suka ialah ianya MURAH. MURAH sahaja jika nak dibandingkan dengan satu set ayam panggang di kedai. Lenkali nak buat lagi. Pasni nak try perap sendiri aje ayam tu. Encik Google kan ada 🙂
Akhir sekali, Sofia nak kongsi cara-cara memanggang ayam agar ianya tidak kering, dan masih juicy. Masa memanggang tak tahu pun cara ini. Bantai ikut suka aje tapi rupa-rupanya kami telah menggunakan teknik yang betul iaitu :
Tak boleh tengok lama-lama sangat video kat atas. Nanti perut jadi lapar pulak hehehe.
Oh ya, ayam panggang ni lebih berkhasiat daripada ayam goreng. Ia adalah rendah lemak dan tinggi protein. Sangat sesuai untuk orang yang nak berdiet.
Tengku Sofia Sabrina Shaklee Independent Distributor Shaklee ID – 905873 Email: sofia_sabrina@yahoo.com SMS/Whatsapp/Telegram/WeChat: 012 3390665 COD: Gombak dan Batu Caves FB Page:Kedai Vitamin Gombak dan Batu Caves